Thursday, October 15, 2009

Nizar-Anwar: Perubahan Dalam Umno Merebahkan-Pas-PKR

Perubahan sistem pengundian dalam pemilihan parti yang diserahkan kepada akar umbi, akan mengwujudkan pemimpin yang dikehendaki dan diterima oleh akar umbi.

Meletakan pemilihan pemimpin kepada 146,500 perwakilan boleh menghapuskan sama sekali politik wang, kerana selain jumlah yang begitu ramai, pemilihan juga diadakan secara serentak di seluruh negara.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 ini nampak jelas banyak perubahan yang akan berlaku kepada UMNO. Kesan PRU 12 sambil memandang ke hadapan PRU 13 menyebabkan UMNO terpaksa melakukan perubahan bagi memastikan kesinambungan kewujudan UMNO pada masa akan datang. Maka rancaklah semua pihak menyuarakan pendapat mereka sama ada yang menyokong, yang hanya sebagai pemerhati mahupun yang berada di pihak pembangkang.

Pada mata kasar memang jelas bahawa pertambahan jumlah perwakilan yang akan mengundi memilih pemimpin mampu mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah. Tetapi secara tidak langsung ini akan memberi kedudukan yang kukuh bagi mereka yang telah sedia ada di tampuk kepimpinan.

Seperkara lagi bagi pimpinan yang mempunyai kuasa dan kedudukan yang juga mempunyai akses kepada media massa akan mudah untuk terpilih sebagai pimpinann berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai kreadibiliti kepimpinan. Pimpinan akan dipilih melalui kemampuan mereka mempromosi diri mereka.

Semua media akan digunakan dengan sehebat mungkin. Media ini termasuk televisyen, akhbar, media maya, sms dan media 'ulat-ulat pengampu UMNO' akan digunakan untuk mempromosikan diri sendiri dan mempromosikan keburukan diri orang lain. Lihatlah dan bayangkanlah bagaimana buruknya situasi dalam UMNO ketika hampir setiap kali pemilihan pada masa akan datang.

Rasuah berkemungkinan berkurangan tetapi publisiti negatif akan bertaburan di tempat-tempat perjumpaan sama ada di alam nyata atau di alam maya.

Berita-berita negatif biasanya lebih mendapat perhatian daripada berita-berita kebaikan individu tertentu. Sebaran kawasan liputan berita juga terpaksa lebih meluas kerana perwakilan yang akan mengundi berada di seluruh pelusuk negara dan jumlahnya jauh lebih ramai.

berita negatif ini bukan saja akan sampai ke telinga para perwakilan tetapi kepada semua rakyat Malaysia. Berita ini juga tidak dapat dipadamkan daripada ingatan warga Malaysia dalam jangka masa singkat.

Apabila berlakunya PRU atau PRK berita-berita ini akan timbul kembali oleh lawan dalam UMNO sendiri atau dari pihak lawan. Maka timbullah titik-titik hitam pada calon yang dikemukakan oleh UMNO dan titik-titik hitam ini juga terpalit kepada UMNO kerana gagal mengenengahkan calon bersih.

Namunn itu semua seakan tidak menjadi masalah bagi UMNO selepas PRK Bagan Pinang kerana calon yang telah disabitkan atas tuduhan rasuah (istilah UMNO politik wang) dan menjalani hukuman masih diterima pengundi. Persoalan ini lah yang perlu dirungkai,kerana isu Isa Samad adalah isu terpencil.

Apapun,perubahan dalam Umno secara total ini akan mengarah kepada rebahnya PAS dan PKR. Akar umbi yang sebelum merasa geram dengan perwakilan yang berjumlah 2,510, sekurang-kurang sekarang merasa lega, bahawa geram mereka itu mula terakis.

Najib merasakan bahawa akar umbi perlu didahulukan, sesuai dengan sloganya 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, ditambah lagi dengan menahkodakan zaman.

Perubahan dalam Umno ini, adalah perubahan yang digeruni oleh Pas-PKR, kerana Umno mendahulu zaman, dengan mengedepankan akar umbi dalam memilih pimpinan yang menerajui negara. Melalui perubahan ini: Kebiasaan TOP Botttom approach telah bertukar kepada: SUARA DARI BAWAH DISAMBUT SUARA ATAS.

No comments:

Post a Comment