Wednesday, October 14, 2009

Nizar-Anwar: Kamu Sukar Mematahkan UMNO: 4 Rukun jadi PAUTAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan 4 rukun untuk mengekalkan UMNO senantiasa relevan dalam arus perubahan yang melanda negara. 4 rukun tersebut adalah; kesatuan MINDA, Kesatuan HATI, Kestauan AMAL dan Kesatuan MATALAMAT bagi semua ahli umno dalam mencorakkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

Dalam ucapannya semasa merasmikan secara serentak mesyuarat wanita,pemuda dan putri di dewan merdeka PWTC malam tadi, Muhyiddin juga mengingatkan perwakilan umno khasnya dan ahli umno umumnya tentang kejatuhan parti serantau yang sebelum ini memberi sumbangan kepada pembangunan negera-negara tersebut.

Muhyiddin mengingatkan perwakilan Umno dan ahli umno tentang parti GOLKAR Indonesia dan Parti LDP Jepun. Kerana itu agar UMNO tidak tersungkur rebah, maka 4 rukun tersebut hendaklah dipraktikan oleh segenap ahli UMNO.

Muhyiddin juga menyatakan bahawa UMNO tiada pilihan, kerana di depan berdiri gunung dan bukit yang terjal, sementara di belakang lurah dan gaung yang dalam. Untuk Umno tetap relevan, maka UMNO perlu senantiasa ingin berubah, mengubah kaedah agar boleh mendaki gunung dan bukit yang terjal.

Muhyiddin menggesa bahawa dalam UMNO tiada ada lagi pasukan tertentu, tiada lagi bambu runcing, tiada lagi tikam menikam, tiada lagi jatuh menjatuh, yang ada adalah UMNO pengamal 4 RUKUN: kesatuan minda, hati, amal dan matalamat.

Muhyiddin juga menyentuh tentang kedudukannya sebagai timbalan presiden UMNO dan mengakui bahawa Najib telah meletakan penanda aras yang tinggi ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Justeru, bukan mudah bagi saya untuk mencapai penanda aras itu tanpa sokongan Presiden dan saudara-saudari sekalian,” kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan secara serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini malam ini.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada Najib kerana sokongan dan kepercayaan beliau terhadapnya untuk menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Timbalan Presiden parti, Muhyiddin berkata, beliau beriltizam untuk membantu Najib dalam menyusuri haluan perubahan yang telah digariskan.

Muhyiddin berkata, Najib juga telah memacu perubahan dan pembaharuan di peringkat kerajaan, yang kini diterima baik oleh rakyat, seperti yang terbukti dengan kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Ahad lepas. "Sebagai ahli UMNO, kita semua mesti menyambut semangat perubahan yang telah dimulakan oleh Presiden di peringkat kerajaan sambil memacu gelombang perubahan di dalam parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment