Sunday, October 11, 2009

Nizar-Anwar Biarpun Militan Mu Mengganas Pengundian Tetap Lancar

PORT DICKSON 11 Okt. - Di sebalik insiden pergaduhan semalam, proses pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hari ini berjalan lancar.

Semua lapan pusat pengundian mula dibuka pukul 8 pagi bagi membolehkan para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. Setakat pukul 10 pagi ini, jumlah peratusan yang keluar mengundi ialah sebanyak 30 peratus bersamaan 2,168 orang.

Para pengundi yang keluar membuang undi pada Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini pagi ini dikawal ketat bagi memastikan mereka tidak diganggu oleh penyokong kedua-dua calon yang bertanding.

Walau pun hujan turun dengan lebatnya namun ia tidak menjejaskan orang ramai daripada melaksanakan tanggung jawab mereka.

No comments:

Post a Comment