Wednesday, October 14, 2009

Inkues Kematian Teoh Beng Hock: Boleh Percaya Kah Timbalan SPRM itu

Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim hari ini memberikan keterangan pada prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock, di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Hishamuddin dalam keterangannya memberitahu, tiada sebarang bentuk kekerasan mahupun paksaan dilakukan oleh pegawainya ketika menemubual Beng Hock di ibu pejabat SPRM di tingkat 14, Plaza Masalam di sini pada 15 Julai lalu.

Ketika peguam mempertikaikan amalan SPRM menemubual dan meminta saksi mahupun suspek hadir melepasi waktu pejabat, Hishamuddin mempertahankannya dengan mengatakan bahawa pegawai badan tersebut dianggap bekerja dalam tempoh 24 jam.

Menurut Hishamuddin, beliau dimaklumkan oleh pegawainya bahawa Beng Hock telah diminta supaya hadir untuk membantu siasatan penyelewengan dan pemalsuan tuntutan di bawah peruntukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Hishamuddin berkata, menurut maklum balas yang diperoleh daripada pegawai penyiasat, Mohd. Anuar Ismail, Beng Hock berada dalam keadaan tidak selesa ketika ditemubual dan ditunjukkan dokumen sebut harga yang diperoleh daripada komputer ribanya.

Terdahulunya sebelum Hishamuddin memberikan keterangan, Koroner Azmil
Muntapha Abas terlebih dahulu menetapkan parameter berhubung soalan yang diajukan kepada Hishamuddin.

Katanya beliau menetapkan demikian kerana terdapat bahagian yang masih disiasat dan mungkin akan memprejudiskan siasatan.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai lalu selepas ditemu duga oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 di Plaza Masalam berhubung penyalahgunaan wang peruntukan ADUN Pakatan Rakyat di negeri tersebut

No comments:

Post a Comment