Wednesday, September 02, 2009

Mantan Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) pula pertikai UMNO

Abdullah CD mantan pemimpin PKM bersama Chin Peng pula pertikai UMNO. Idealoginya yang bercerimin kepada PEOPLE POWER masih melekat pada dirinya. Kuasa bukan kepada segelintir pemimpin politik, tetapi kuasa mestilah di tangan rakyat. Ideologi seumpama ini perjuangan PKM sejak lama, sehingga dibubarkan.

Ajaran komunis adalah, kekuasaan ada pada tangan rakyat, kehidupan seimbang antara rakyat. Komunis tidak kenal itu raja, tidak kenal itu sultan, tidak kenal itu agama, kerana komunis hanya kenal lagenda komunis.

Baru-baru ini ada yang mengagungkan Chin Peng. Sehingga satu ketika menjadi berita hangat. Ramai pemimpin yang pro agar Chin Peng di benarkan pulang ke Malaysia, untuk menghabiskan sisa hidup di sini. Namun Chin Peng tidak dapat membuktikan bahawa dianya rakyat negara ini.

Abdullah CD bernasib baik kerana mendapat pengampunan daripada kerajaan suatu ketika dahulu. Namun fahaman tetap fahaman. Suatu fahaman sukar dihakis, walaupun dalam lakonan ianya seolah-olah terhakis. Suatu ketika fahaman itu akan muncul! buktinya melalui paparan Malaysiakini.com Abdullah CD menyalahkan UMNO. Kerana UMNOlah negera menjadi begini.

Semasa Umno kuat, Abdullah CD tidak berkata apa-apa. Akan tetapi melihat Umno sekarang dalam kesukaran dan kepayahan, di mana mimpi ngeri seperti kerajaan LDP di Jepun yang baru sahaja kecundang, takut-takut benar-benar menjelma; suatu keadaan yang menggerunkan bagi Umno.

Ingat Umno dalam keadaan tercabar, apapun usaha Umno pasti dicanggah oleh lawan. Umno menunggu bangkit semula atau rebah, hanya rakyat yang tahu.


No comments:

Post a Comment