Isa Samad merupakan menteri besar terlama Negeri Sembilan, semasa era Tun Mahathir. Apabila Tun Abdullah ambil alih teraju kerajaan Isa Samad dipencenkan dan demi menghormati jasanya memajukan negeri Sembilan, dipelawa bertanding di peringkat Parlimen. Setelah menang maka dilantik sebagai Menteri Wilayah.
Politik malap Isa Samad bermula apabila menang sebagi Naib Presdien Umno dengan urutan nombor 1. Setelah menyandang naib Presiden 1 dan menteri wilayah, maka orang-orang tertentu dalam Umno khas Umno Negeri Sembilan, yang tidak senang dengannya, maka Isa Samad dilaporkan kepada pihak disiplin Umno, bahawa kemenangan Isa Samad disebabkan politik wang.
Jawatan kuasa disiplin Umno yang dipengerusikan oleh Ahmad Ritahuedin mendapati Isa Samad terlibat dengan politik wang dan digantung keahliannya selama 6 tahun, walaupun dikurangkan kepada 3 tahun.
Pada Pru-11 Isa Samad tidak dapat bertanding dalam pilihanraya kerana masih dalam proses penggantungan, manakala Pru-12, Isa Samad tidak dicalonkan.
Pada pemilihan Umno 2008 Isa Samad bertanding semula sebagai Naib Presdien Umno, namun tewas kerana faktor pekong yang ada padanya.
Sebenarnya politik Isa Samad dah padam, kerana akibat hukuman yang dilakukan oleh parti sendiri. Parti sendiri menghukum pemimpin yang banyak memberi jasa kepada parti.
Nama Isa Samad muncul semula apabila ada kekosongan Kerusi Bagan Pinang, ekoran kematian penyandangnya Azman Mohd Nor. Bagan Pinang adalah satu kawasan yang berada dalam parlimen Telok Kemang, dimana Isa Samad ada lah ketua Bahagian Umno.
Ekoran kekosongan tersebut dan bertitik tolak kepada prestasi Umno dalam beberapa Prk selepas pru-12, maka nama Isa Samad muncul. Nama Isa Samad dikatakan adalah orang yang boleh dengan mudah mempertahankan kawasan DUN Bagan Pinang. Malah Umno bahagian Telok Kemang telah mencalonkan hanya nama Isa Samad sesebagai Calon yang mewakili BN pada PRK Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 3-11 Oktober depan.
Namun namanya yang telah tercalar merupakan kekangan kepadanya untuk menajdi calon. Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, malah meminta agar Isa Samad jangan dicalonkan,kerana berakibat buruk terhadap Umno secara kesuluruhan.
Tun Mahathir khuatir jika Isa Samad dicalonkan, walupun dengan mudah akan menang, rakyat tempat lain akan menghukum Umno, kerana tiada serius dalam soal politik wang dalam Umno.
Isa Samad adalah mangsa keadaan, kerana beliau terbukti mengamalkan politik wang, sedang umum telah mengetahui bahawa Umno diselimuti dengan poltik wang. Di semua peringkat,umum dah maklum bahawa umno terlibat dengan politik wang. Disebabkan bukti-bukti yang sukar dibuktikan, maka ramai pemimpin pengamal politik wang, masih lagi memimpin umno.
Isa Samad adalah pemimpin yang mati politiknya kerana keadaan, keadaan tidak memihak kepadanya. Apapun kemahuan penduduk Bagan Pinang terhadap Isa Samad, Umno terpaksa mengorbankannya demi maruah umno, demi nama Umno secara luaran.
Apapun keputusan mengenai Isa Samad, Umno mesti mengorbankannya.

No comments:
Post a Comment