Tuesday, September 08, 2009

Esok 8 September, Inkues Kematian Teoh Beng Hock Disambung

Esok inkues keamtian Teoh Beng Hock disambung. Saksi ke-19 Mohd Ashraf Yunus akan meneruskan keterangannya. Pada hari ke-16 Mohd Asharf memberitahu inkues, bahawa beliau tidak mendengar apa-apa pertengkaran atau pergaduhan yang berlaku antara pukul 2-2.30 pagi 16 Julai. Keterangan Mohd Ashraf ini bercanggah dengan keterangan pegawai penyiasat kes penipuan peruntukan kewangan ADUN Sri Kembangan Ean Yong Hin Wah.

Esok juga akan didengar dakwaan Gobind Singh Deo bahawa Sprm dalam siasatannya melakukan kekerasan, termasuk menggunakan batang besi untuk memukul mangsa siasatan.

Akan banyak kah maklumat yang akan diperolehi melalai inkues ini, sedangkan FAKTA yang perlu dirungkai adalah 2 DNA misteri yang hingga kini belum ditemukan padanan, walupun telah 157 sample DNA telah dianalisis.

Faktor yang akan dipertimbangkan dalam inkues ini adalah kenyataan Persuruhjaya Sprm, yang mengatakan bahawa TBH mati bunuh diri, kerana tidak tahan akan tekanan semasa siastan.

kenyataan Ahmad Said Hamdan ini apakah akan dipertikai oleh peguam pemerhati keluarga TBH Gobind Singh Deo? kita akan ketahui esok.

Apa kah melalui inkues ini Gobind akan memohon kepada koronor untuk memanggil semula pakar pathologi dan juga pakar kimia? Kehadiran semula 2 bahagian ini sangat perlu,kerana ada loop hole dalam proses postmortem dan ujian kimia.

Apa kah maklumat yang akan diperolehi melalui penyambungan inkues ini, sama-sama kita tunggu esok.

No comments:

Post a Comment