Wednesday, September 02, 2009

Telepon bimbit Teoh Beng Hock boleh merungkai kematiannya!!!

Dalanm kes Altantuya wanita mongolia yang di bunuh di puncak alam shah alam, analisis panggilan dan smses telepon milik azilah, sirul dan razak baginda secara luas dan signifikan membabitkan azilah dan sirul sebagai pembunuh wanita mongol tersebut.

Jika benar apa yang diberitahu oleh pegawai penyiasat sprm kes Teoh Beng Hock, mohd anuar ismail, bahawa beliau sering melihat TBH menggunakan telepon bimbitnya menghubungi seseorang berbangsa cina semasa siasatan terhadap maklumat tuntutan palsu yang dijumpai tersimpan melalui laptop dan cpu milik TBH, maka menganalisis panggilan bimbit TBH dari 15 Julai hingga 7.15 pagi 16 julai, kemungkinan besar dapat merungkai kematian misteri TBH.

Melalui mereka yang mendapat panggilan daripada TBH, dapat dirungkai state of mind TBH semasa siasatan. Di samping maklumat yang diberitahu oleh mohd anuar ismail, bahawa TBH begitu gelisah sekali semasa proses soal jawab dengan TBH dari 15 Julai hingga 3.30 16 julai.

Melalui analisis panggilan HP TBH, dapat diketahui, siapa-siapa yang dihubungi oleh TBH dalam masa antara 18:08:55 15 Julai hingga 7.15 16 julai. Apa kah melalui panggilan tersebut, boleh dikesan 2 orang cina yang masuk kepajabat sprm pada pukul 12.52 16 julai?

Analisis panggilan HP TBH lebih berbaloi dibanding surat yang menggambar kebrutalan Sprm Selangor seperti dakwaan Gobind Singh Deo pada hari ke-16 inkues kematian TBH.

No comments:

Post a Comment