Tuesday, February 10, 2015

Anwar Masuk Penjara-Pakatan Rakyat Tiada Kepala Lagi

PIMPINAN Pakatan Rakyat, hanya pada Ahad membuat keputusan, bahawa tidak perlu mencari bakal pengganti Ketua Pembangkang, kerana mereka yakin Anwar bakal dibebaskan.

Anwar dengan angkuh mengatakan, bahawa kerajaan tidak sanggup memenjarakan beliau, kerana kalau dipenjarakan, maka Pakatan Rakyat sudah 60 peratus menawan Putrajaya.

Namun apa yang berlaku pada hari ini di Mahkamah Persekutuan, kenyataan Anwar selepas dibenarkan berucap dikandang tertuduh, tidak menggambarkan kenyataannya semasa jelalah Rakyat Hakim Negara.

Anwar sepertimana kenyataannya di Mahkamah Tinggi, menuduh bahawa tuduhan kepadanya berupa konspirasi, walaupun tiada bukti apa-apapun yang boleh dihubungkan dengan tuduhan beliau itu.

Kesalahan sodomi II adalah perbuatan antara Anwar dan pembantu peribadinya sendiri. Tidak melibatkan sesiapa, kerana tiadapun yang kenal dengan Saiful Bukhari Azlan sebelum ini.

Nama Saiful, hanya muncul selepas dia membuat laporan polis, kerana disodomi.

Pihak barat, menunduh kehakiman negara sebagai bobrok, kerana sememangnya mereka mengiktiraf seks antara sejenis, sedangkan ianya merupakan haram berasaskan undang-undang negara, dan haram juga berasas agama islam.

Anwar seorang islam, sebenarnya tahu, apatah lagi kelibatnya yang berlaggak warak, dan senantiasa berhujah memetik pendapat pakar-pakar agama termasuk Sheikh Yusof Al-Qardawi.

Kini Anwar dalam penjara untuk tempoh 5 tahun. Hanya tahun 2020 dibebaskan. Dengan masuknya Anwar dalam penjara, maka Ketua Pembangkang di Parlimen secara automatik terlucut. Namun, Pakatan Rakyat mahu juga beliau sebagai ketua, hanya pada nama, tiada yang boleh melarang, namun yang jelas, jika berlaku demikian, para ulamak Pas juga berketuakan seorang peliwat. Sanggup kah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tok Guru Hadi Awang berketuakan seorang peliwat yang telah dibuktikan??? Tepuk dada tanya selera. Bagi Lim Guan Eng pula, memang itulah kehendaknya, kerana perjuangan parti itu, kalau boleh menghancurkan agama islam.

No comments:

Blog Archive