Sunday, April 13, 2014

MH370: Apa Lagi Teori Bakal Muncul?

Ping "Kotak Hitam" pesawat MH370 telah berhenti memberi pancaran sejak selasa 8 April, genap sebulan pesawat bersama 239 penumpang termasuk kru hilang misteri.

Alternatif pasukan pencari adalah menggunakan Bluefin 21, alat pemeta dasar laut, untuk melihat apa kah ada bangkai pesawat.

Kedalaman lautan sehingga 19,000 kaki, bukan mudah untuk diharungi. Pilihan penerbang pesawat itu menjunamkan di kawasan Lautan Hindi, merupakan satu pilihan tepat untuk menjadikan kehilangan pesawat satu kehilangan misteri.

Tidak sama dengan kemalangan pesawat sebelum ini, di mana kemalangan berlaku pada laluan asalnya, akan tetapi MH370 berlaku sebaliknya.

MH370 laluan Kuala Lumpur Beijing yang berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac, hilang daripada radar menara trafik udara Subang 1.30 pagi. Kemudian dikatakan radar tentera mengesan pesawat itu pada pukul 2.15 pagi 320km utara Pulau Pinang. Juga, dikatakan pesawat itu terus terbang sehingga 8.11 pagi berasaskan pings yang diterima Immarast satellite milik UK. Berasaskan maklumat data Immarast itu, maka digunakan Doppler Effect yang menggunakan gelombang bagi menentukan arah dan lokasi pesawat. Atas sebab itu, 24 Mac ditentukan bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

Berbagai teori sebelum dikemukakan oleh berbagai pihak, dan teori itu dianalsis, namun sehingga kini, tidak memberikan sebarang clue di mana pesawat malang itu.

Apa kah kehilangan pesawat itu satu konspirasi abad ini? Sesuatu konspirasi, adalah sukar untuk dibuktikan, kecuali konspirasi 9/11, dengan cepat diketahui.

Jika kehilangan MH370 merupakan satu konspirasi, setidak-tidaknya bertahun-tahun untuk merungkainya, mungkin berjaya mungkin juga gagal.

No comments:

Blog Archive