Latest News

Lima Muka Baru Dalam Jemaah Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Lima muka baru dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang, Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Anggota Jemaah Menteri yang dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.

Turun mengangkat sumpah ialah barisan pembantu menteri seramai 18 orang.

Sembilan muka baharu dilantik sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.

Pembantu menteri yang dikekalkan ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.

Berikutan itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan NorlidahRMJasnidan Musa serta isteri Datin Seri Faridah Tusin.

Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Aman( menteri kewangan)-Umno-BI
Timbalan Ketua Menteri,
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan,-PBS-KDM
2. Datuk Yahya Hussin -Umno- Bajau
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah.-Gerakan-Cina

*Datuk Ariffin Arif (Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)-Umno-Berunai
Datuk Edward Yong Oui Fah(Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)-PBS-Cina
Datuk Ellron Angin (Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)-PBRS-KDM

*Musa aman( menteri kewangan)
Datuk Ramlee Marahaban (Pembantu Menteri Kewangan)-Umno- Bajau
Datuk Michael Asang (Pembantu Menteri Kewangan)-PBS-KDM

*Pairin(Menteri Pembangunan Infrastruktur)
Datuk Bobbey Suan(Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur)-Upko-KDM
Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur)-Umno-BI

*Yanya (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) 
Datuk Sairin Karno (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan)-Umno-KDM
Datuk Musbah Jamli (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan)-Umno-Bajau

*Raymon Tan(Menteri Pembangunan Perindustrian.)
Datuk Bolkiah Ismail (Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian)-Umno-Sungai

*Datuk Jainab Ahmad (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna)_umno-BI
Anita Baranting (Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna)-PBS-KDM

*Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Menteri Belia dan Sukan)-Umno-BI
Pembantu menteri = Masiung Banah (Pembantu Menteri Belia dan Sukan),-Upko-KDM
=Datuk Zakaria Edris (Pembantu Menteri Belia dan Sukan),-Umno-Bajau

*Datuk Siringan Gubat (Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat)-Upko-KDM
Datuk Hamisa Samad (Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat)-Umno-BI

*Datuk Radin Malleh (Menteri Pembangunan Luar Bandar)-PBS-KDM
Datuk Nilwan Kabang (Pembantu Menteri Luar Bandar)-Umno-Bajau

*Datuk Hajiji Mohd Noor (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan),-Umno-Bajau
Datuk Dr Joachim Gunsalam (Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan)-Pbs-KDM

*Datuk Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar)._umno-KDM
Datuk Kamarlin Ombi (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).-Umno-BI
Datuk Pang Nyuk Ming (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar)-LDP-Cina

*Datuk Teo Chee Kang (Menteri Tugas-Tugas Khas)-LDP-Cina

0 Response to "Lima Muka Baru Dalam Jemaah Menteri Sabah"

Blog Archive