Sunday, February 17, 2013

"Tentara Sulu" Mahu Jumpa Seseorang Sebelum Kembali

SIAPAKAH seseorang itu? Tentara Sulu yang menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu sejak Selesa dikhabarkan tidak akan meninggalkan kampung itu selagi belum berjaya berjumpa "seseorang" yang dikatakan "pemimpin" mereka yang kini berada di Sabah.

Ada khabar angin mengatakan bahawa "seseorang" itu sedang sakit, atas sebab itulah "pencoroboh" seramai 100 orang yang lengkap bersenjata masuk ke Lahad Datu.

"Pencoroboh" itu dikatakan walaupun membawa senjata, namun tidak membahayakan keselamatan negara, kerana mereka tiada maksud lain.

Kedatangan mereka, hanya untuk menemui seseorang itu, dan selepas itu, maka akan meninggalkan Lahad Datu.

Menurut media Filipina, kumpulan itu diketuai oleh Putera Mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kira abang, Sultan Jamalul Kiram III.

Kumpulan lelaki bersenjata telah memberitahu media bahawa mereka akan kekal di pantai timur Sabah, kerana mendakwa ia adalah rumah nenek moyang mereka.

Pemimpin Rajah Muda juga telah dilaporkan berkata kumpulan itu akan terus berada di situ dan tidak mempunyai niat untuk meninggalkannya sehingga tuntutan dipenuhi.

Sementara  itu, menurut Persuruhjaya Polis Sabah- Datuk Hamza Taib, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini, sudah menyatakan persetujuan untuk keluar daripada kawasan berkenaan dan pulang ke negara asal. 

Bercakap kepada pemberita di Lahad Datu, sebentar tadi, Pesuruhjaya Polis Sabah itu, berkata kumpulan itu bagaimanapun mahu menemui 'seorang personaliti' terlebih dulu sebelum berbuat demikian. 

Ia sekali gus menafikan laporan media Filipina bahawa kumpulan penceroboh yang mengaku Askar Diraja Sultan Sulu itu akan terus berada di kawasan berkenaan. 

No comments:

Blog Archive