Latest News

Pasti Anwar demam membaca laporan ini

KUALA LUMPUR - Transformasi berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.

Menurutnya, melalui pecahan etnik, kepimpinan Najib juga semakin diterima dan terus mendapat sokongan iaitu 75 peratus Melayu, 69.6 peratus Cina, 71 peratus India , 85.5 peratus Iban dan 84.4 peratus bagi Bumiputera Sabah Sarawak.

Jelasnya, populariti Najib itu disokong dengan pendekatan model magnet yang bersifat populis dan praktikal.

“Dengan menggunakan pendekatan model magnet, penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, internet dan sebagainya mendekatkan beliau dengan rakyat.

“Selain itu, transformasi Najib memperkenalkan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian di utamakan; Model Baru Ekonomi; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Rumah Pertamaku dan sebagainya lagi sedikit sebanyak memberi prestasi yang mendorong peningkatan popularitinya,” katanya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Rundingan Meja Bulat PRU13:Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, semalam.

Katanya, dari 1,000 responden sekitar Lembah Klang, pada keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus memilih Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan 37.5 peratus antaranya bersetuju BN akan menang dua pertiga majoriti dan 32.1 peratus lagi memilih BN akan menang majoriti mudah.

Menurut Fuad lagi, secara purata, 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib.

“Barisan Nasional (BN) juga mendapat keyakinan tinggi dalam mengurus pembangunan sosio ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Fuad berkata, melalui hasil kajiannya, di kalangan tokoh kepimpinan negeri, prestasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 'min' yang paling rendah.

Katanya lagi, 55 peratus responden tidak yakin Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dapat menyelesakan pelbagai masalah termasuk isu murtad, kebajikan, sosial dan sebagainya.

“Ramai di kalangan responden juga menyatakan pembangunan yang dirancang di Selangor banyak merugikan kaum Melayu dari aspek partisipasi dan pemilikan.

“Sebagai contoh, kawasan pembangunan dan perumahan mewah, ia kelihatan adil, tetapi merugikan kaum Melayu yang tidak berkemampuan,” katanya.

Sementara itu, melalui kajiannya di Kedah, 51 peratus dari 10,800 responden yang diperoleh dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) menyatakan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas sebagai baik.

Katanya, responden juga menyatakan 68 peratus kepimpinan atau pentadbiran Pas di Kedah tidak cekap dan tidak efisien.

“(Seramai) 63 peratus responden bersetuju berlaku pergeseran dan ketidaksefahaman antara kepimpinan Pas dan dan hasil kajian juga menunjukkan 72.8 peratus menyatakan Pas kurang prihatin dengan dengan isu yang diutarakan oleh rakyat,” katanya.

Katanya, maklumat yang lebih menarik adalah, 33 peratus dari responden lebih tidak berpuas hati terhadap tahap politik di Kedah berbanding 25 peratus tidak berpuas hati di peringkat nasional. sumber: Sinar Harian

0 Response to "Pasti Anwar demam membaca laporan ini"

Blog Archive