Friday, July 13, 2012

ADUN Sri Muda dikaitkan pembekal Karnival Pakatan Rakyat

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dikaitkan dengan perolehan secara tidak teratur berjumlah RM1 juta untuk Karnival Terima Kasih Rakyat apabila syarikat yang dikaitkan dengan dirinya menyerahkan bil berjumlah RM356,000, paling tinggi di antara pembekal lain.

Shuhaimi bagaimanapun menafikan bahawa beliau terlibat dalam pemilihan syarikat pembantunya itu sebagai pembekal paling besar untuk karnival tersebut, walau menganggotai jawatankuasa penganjur karnival tersebut.

"Sekiranya syarikat itu terlibat, mungkin ia merupakan keputusan jawatankuasa. Saya tidak terlibat dalam pemilihan," katanya ketika dihubungi semalam.

Syarikat tersebut dimiliki oleh setiausaha publisiti PKR Selangor Irwan Hidayat Abd Rahim, 30, yang merupakan pembantu Shuhaimi.

Irwan merupakan salah seorang daripada dua pengarah dan pemegang saham Idea Tank Sdn Bhd yang mengemukakan tuntutan paling tinggi daripada 14 syarikat - RM356,000.

Irwan mendakwa tidak mengetahui mengenai dakwaan ketidakaturan dalam perolehan projek membekalkan bahan untuk karnival berkenaan.

"Syarikat saya mempunyai merit, rekod prestasi dan pengalaman, jadi saya mohon (untuk projek tersebut.

"Mereka minta saya kemuka sebut harga dan saya kemukakan. Mereka pilih sebut harga saya mungkin kerana harga saya paling rendah," kata Irwan yang menambah, syarikatnya masih belum menerima bayaran daripada kerajaan.Karnival Terima Kasih Rakyat merupakan karnival politik anjuran kerajaan Selangor pada 25 Mac untuk meraiikan ulangtahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.


Satu pemerhatian audit dalaman oleh perbendaharaan Selangor mendedahkan pelbagai ketidakaturan dalam perkhidmatan dan produk untuk acara tersebut, menyebabkan kerajaan negeri menyekat bayaran kepada pembekal.

Koordinator karnival tersebut, Ronnie Liu yang juga ahli majlis kerajaan Selangor bagaimanapun menafikan dakwaan ketidakaturan berkenaan dan menjelaskan bahawa ia hanya satu "salah faham.

No comments:

Blog Archive