Friday, August 19, 2022

TERCAPAI KAH HASRAT DATUK SERI NAJIB KEKALKAN PROSES RAYUAN SEHINGGA PRU-15?

MISI utama Datuk Seri Najib Razak sekarang adalah mengekalkan proses rayuan sabitan kesalahan 
12 tahun penjara dan denda RM210 juta berkaitan SRC International sehingga PRU-15.

Visi itu menggunakan taktik pecat-lantik-pecat peguam yang mewakili beliau.

Hari ini, Najib tidak diwakili mana-mana peguam, walaupun pada khamis, panel 5 hakim menolak permohonan peguam mantan Perdana Menteri itu menarik diri.

Tidak pasti apa tindakan mahkamah seterusnya, berhubungan dengan paksaan Datuk Seri Najib Razak menangguhkan proses rayuan secara sepihak? Kerana dalam kes jenayah, OKT perlu diwakili peguam.

Akan tunduk kah Mahkamah? Menangguhkan proses rayuan, sementara menunggu Najib melantik peguam baharu? Jika itu, keputusan mahkamah, maka peluang bagi Najib melantik peguam yang berstatus “pelik” misalnya daripada QC, sebagai upaya memperlambat proses rayuan.

Taktik Datuk Seri Najib selain menguji sejauh mana ketegasan mahkamah, juga memerangkap mahkamah untuk mengikuti “permainan” beliau, untuk mencapai visi- lambatkan proses rayuan dan membangun simpati daripada rakyat.

Menerima atau tidak, Datuk Seri Najib telah berjaya mengheret mahkamah mengikuti “permainan” beliau, apabila mahkamah terpaksa membuat beberapa keputusan duluan.

Pendekatan Datuk Seri Najib Razak jauh berbeza dengan cara yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun sama-sama tidak mengunapakai “Jusctice delayed is juctice denied”, kerana Najib dapat mengheret mahkamah mengikuti permainan.

Rakyat negara ini, memerhati dari dekat, apa kah mahkamah kecundang dalam permainan ini? sama-sama kita nantikan kesudahannya.


No comments:

Blog Archive