Sunday, July 31, 2022

PRU-15 TIDAK SEPANAS PRU-14

MASA ini, menjelang PRU-14, suasana politik tanah air cukup panas, selain munculnya dua parti serpihan Umno, Parti Bersatu Bumiputera Malaysia ( kini dikenali Bersatu) dan Parti Warisan Sabah, selain kemunculan semula Tun Dr Mahathir Mohammad.

Selain itu, isu RM2.6 bilion yang dimasukan dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, dijadikan maskot oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Sebelum PRU-14 diadakan, tiada seorang penganalisis politik pun yang neutral pernah dipetik oleh mana-mana media cetak atau atas talian, bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang, walaupun ramai yang mengakui, undi popular parti itu akan terus merosot, akan tetapi masih berkeupayaan mendapatkan kerusi yang mencukupi mempertahankan Putrajaya.

Di pihak BN pula, mempunyai keyakinan tinggi, apabila PRK sebelum PRU tersebut, iaitu PRK Teluk Intan, Perak, kawasan DAP berjaya dirampas.

Di pihak Umno pula, yakin kuat walaupun telah memecat Timbalan Perdana Menteri, merangkap Timbalan Presiden, selain menggantung keahlian seorang naib presiden, yang berkesudahan keluar parti secara sukarela.

Keyakinan BN juga, dibayangi “feel Good Factor” ekoran kemenangan BN Sarawak pada PRN negeri tersebut.

Akan tetapi di Sabah lain ceritanya, telah merasa kehangatan PRU-14, bakal berlaku kejutan yang mengerikan, sehingga beberapa pemimpin utama negeri mencadangkan agar selepas PRN Sarawak, Sabah pula menyusul.

Tujuan Sabah kembali mengadakan pilihan raya berasingan, ada lah sebagai “booster” seperti juga Sarawak, mengubah kecenderungan pengundi Semenanjung, namun cadangan tersebut tidak dipersetujui pemimpin BN Pusat.

Apa yang menjadi kemusyikalan sesetengah pemimpin Sabah masa itu, terbukti, apabila BN gagal mempertahankan Putrajaya, malah Sabah dan Sarawak yang dianggap “Fixed Deposit” BN, tertempias juga, di Sarawak banyak kawasan parlimen ditawan PH, manakala di Sabah oleh Parti Warisan sekutu PH, selain kawasan tradisi Umno, Parlimen Tenom ditawan DAP.

Pada PRU-14, bukan sedikit pemimpin berkedudukan turut tewas, termasuk lah Menteri Besar, Menteri, Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Senator, termasuk pemimpin veteran.

Namun, berhadapan PRU-15, keadaan tidak sepanas PRU lalu, kerana tiadanya isu-isu baharu, atau sentimen yang menjadikan keadaan menjadi panas. Apa yang ada, keadaan biasa, antara pemimpin yang berasingan parti saling jatuh menjatuh, dengan mengulang-ulang isu-isu lama, yang hampir dilupakan rakyat.

PRU-15, boleh dianggap sebagai titik permulaan pilihan raya negara ini, selain adanya Undang-Undang Anti Lompat, Undi-18, pengundi pertama kali, juga dilihat pengambil alihan para pemimpin pasca merdeka, iaitu mereka yang lahir selepas merdeka, atau selepas Pembentukan Persekutuan.

Dengan keadaan sedemikian, maka PRU-15, adalah pilihan terbuka terbuka, yang menjadi medan bagi parti-parti yang bertanding.

Terserah pada pengundi, parti mana diberi mandat, sebagai cerminan kepemimpinan negara masa depan.

No comments:

Blog Archive