Saturday, May 14, 2022

MENJELANG PRU-15: ISU ANTARA PARTI-PARTI

MENJELANG PRU-15, dua parti dijadikan parti pembatas ukuran kerjasama antara blok parti-parti. Dua parti itu adalah DAP dan BERSATU.

Parti-parti yang mensasarkan DAP adalah GPS, PAS dan Warisan, manakala bagi BERSATU pula, adalah UMNO, PKR, Amanah, Pejuang dan MUDA.

Walaupun DAP dijadikan salah satu parti pembatas, tetapi kekal bersama PKR dan Amanah dalam Pakatan Harapan, manakala BERSATU masih bersama PAS dan parti-parti kecil lain seperti GERAKAN, STAR dan SAPP.

Menjadikan dua parti itu menjadi pembatas, sebenarnya menjadi penghalang untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN). Dua parti itu mempunyai impak yang berbeza. Tidak bekerjasama dengan DAP maka menafikan mendapat kerusi di kawasan-kawasan majoriti cina, manakala BERSATU memberi kelebihan pada UMNO untuk menang di kawasan-kawasan majoriti melayu.

Pada PRU-15 mana-mana parti menjadikan DAP dan BERSATU sebagai parti pembatas, sebenarnya membuka peluang seluas-luasnya pada BN menerajui semula kerajaan Persekutuan.

Berasaskan senario politik semasa, selagi berlaku perseteruhan antara blok parti-parti berlaku dan akan ditandai pertembungan tiga penjuru atau lebih, maka BN akan menang selesa, kerana faktor First Past The Post System (FPTPS).

BN telah membuktikan pada PRN Melaka dan Johor, FPTPS telah memberi kelebihan pada parti itu, bukan sahaja menang besar, akan tetapi mendapat kuasa 2/3.

Matlamat kongres maruah melayu pada Oktober, 2019 untuk mengwujudkan kerajaan yang disokong majoriti rakyat khususnya daripada kaum melayu dan bumiputera, tidak akan tercapai, atas sebab, Umno mahu mengekalkan status quo politik sebelum ini, bahawa kerajaan diwakili oleh jumlah kerusi bukannya undi popular.

Oleh kerana PRU-15, juga membabitkan Sarawak dan Sabah walaupun hanya peringkat parlimen, maka mudah diteka, di Sarawak, GPS akan sehaluan dengan BN, manakala di Sabah walaupun masih tanda tanya, akan tetapi faktor menyokong mana-mana parti yang menerajui kerajaan Persekutuan yang merupakan pendirian sekian lama para pemimpin Sabah, maka akan bertindak selari dengan parti yang diberi mandat menduduki Putrajaya.

Di Sabah meskipun ada GRS yang dianggotai BERSATU, dan BN yang dianggotai UMNO, akan tetapi pendekatan berbeza berbanding di Semenanjung. Rakyat Sabah, mahu melihat antara GRS dan BN bergerak sebagai SATU, seperti mana ditunjukkan rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah.

Apa yang jelas, selepas PRU-15, tiga wilayah- Sarawak-Sabah- Semenanjung, akan ada parti dominan. Keadaan sedemikian merupakan “pembaharuan” dalam politik tanah air, dan ianya cerminan pada asas penubuhan Persekutuan Malaysia seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

No comments:

Blog Archive