Monday, August 02, 2021

JIKA ANWAR DILANTIK PM KERANA UMNO

JIKA Anwar berjaya tumbangkan kerajaan, hanya kerana Umno.

Kejayaan itu juga akan mencatit sejarah tersendiri kerana julung kali Anwar berjaya dari sekian banyak aksi turun jalan sejak tahun 1974.

Pada Sabtu kumpulan baju hitam, sayap tempur jalanan PKR, turun ke jalan, sebagai testing ground untuk melihat reaksi PDRM. Oleh kerana tiada gangguan pihak polis, maka Anwar pula turun ke jalan pada Isnin.

Jika aksi kumpulan baju hitam terjerit-jerit dan terlolong-lolong, almaklum lah budak-budak baru nak up, kumpulan Anwar pula bersama ahli parlimen pembangkang, hanya menggunakan microphone untuk tujuan berucap.

Anwar benar-benar mengambil peluang secara maksimum, berkaitan isu teknikal pembatalan ordinan darurat.

Anwar mengambil alih kerajaan, bukan bermatlamat bagai mana mencari jalan keluar 3 krisis serangai yang melanda rakyat dan negara, akan tetapi, kemaruk berkuasa dan kemahun menjadi Perdana Menteri.

Jika semasa era PH, era Tun Dr Mahathir Perdana Menteri interim, Anwar gagal menjadi Perdana Menteri, maka atas sokongan Umno jua seperti Tan Sri Muhiyiddin, Anwar menjadi Perdana Menteri,

Rekod Perdana Menteri di negara ini, hanya Tun Dr Mahathir apabila dilantik kali ke-2 sebagai Perdana Menteri tanpa sokongan Umno.

Sokongan Umno pada Anwar mungkin bersyarat. Kerana syarat yang tidak boleh ditolak tersebut,malah nilainya lebih tinggi berbanding Timbalan Perdana Menteri.

Seperti kita maklum, julung kali sebuah kerajaan yang mana Umno sebahagian daripadanya, Presiden parti tidak dilantik pada sebarang jawatan.

Ketegasan kerajaan untuk tidak mencampuri urusan mahkamah, yang melibatkan pemimpin Umno, adalah duri dalam daging antara Umno dan kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri.

Pemimpin Umno yang termasuk kluster mahkamah ini, menginginkan seperti mana tindakan era kerajaan PH, yang membebaskan Lim Guan Eng, walaupun perbicaraan sedang berlangsung. Pemimpin Umno kluster mahkamah ini, berpandangan, mengapa tidak berlaku pada mereka.

Jika esok, MKT Umno sekali lagi membuat ketetapan, untuk mengarahkan semua ahli parlimen parti menyokong Anwar, dan patuh, maka tumbang lah kerajaan Perikatan Nasional. Kalaupun, tidak semuanya, 6 ahli parlimen pun memadai  untuk Anwar mendapat sokongan majoriti mudah, 111.

Terserah kepada Tan Sri Muhiyiddin hendak meletakkan jawatan, atau memohon Agong membubarkan parlimen.

Pendapat penulis, walaupun rakyat dan negara sedang bergelut dengan pandemik covid-19, dan membabitkan kesihatan dan nyawa rakyat, kelihatan sungguh bahaya, akan tetapi lebih bahaya lagi jika PH kembeli menerajui negara. Anwar sebagai pemimpin jalanan, seperti mana kata Tun Dr Mahathir tiada kebolehan memimpin negara. Menyerahkan kuasa kepada Anwar, selain tindakan tidak bijak, juga boleh menjahanamkan sistem pemerintahan negara, seperti mana pengalaman Sabah semasa Datuk Shafie Apdal Ketua Menteri, semuanya menggunakan undang-undang rimba, main langgar sahaja.

Kepada Tan Sri Muhiyiddin, jangan ambil tahu lah, apa keputusan Umno, yang mustahak selamatkan rakyat dan negara, daripada kerakusan nafsu pemimpin yang kemaruk kuasa, dan hanya mahu menyelamatkan diri.

5 comments:

Unknown said...

Takut betul DSAI jadi pm... Teruskan fitnahnya.. Jangan merangkak je cr DSAI kat padang masyhar

Unknown said...

Kes dah 17k lebih... Baru nk kongsi data.. Parlimen bersidang kita nk tahu 5billion ke mana utk beli vaksin.. Ada sokongan.. Buktikan di Parlimen. Ayuh rakyat pru 15..kasi ajar katak2 politik

Unknown said...

YDPA depa langgar.. Ini kan rakyat.. Apa ada

Unknown said...

Jika tak mahu bantah.. Rakyat terimalah ye.. Duduklah kat rumah... Biar pn terus habiskan duit negara..

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Nak pergunakan anwar tak habis2 utk. pertahankan rejim BERSATU NAZI, si blogger paling JAHAT ni!!

In penjelasan YAM DS Najib terCINTA kami, psl. keputusan rasmi sebenaq UMNO - terhdp. PEROMPAK/PEMBUNUH/PENGGUBAH WANG HARAM/PERASUAH Diktator mahiaddin NAZI, si blogger LEMBU oi!

Di - https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-tarik-sokongan-kepada-muhyiddin-tapi-masih-sokong-perikatan-nasional-311196

Blog Archive