Friday, April 23, 2021

KERAJAAN DILANDASAN BETUL TANGANI KESAN COVID-19- PM

PUTRAJAYA-Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus menerapkan langkah-langkah yang tepat bagi mencapai keseimbangan di antara melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat yang terjejas oleh pandemik Covid-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Malaysia tidak terkecuali daripada menerima kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.

“Aktiviti ekonomi yang hampir terhenti telah mengakibatkan kesan yang amat serius, mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan akibat penutupan tempat kerja, peniaga tidak dapat meneruskan perniagaan dan bekalan barangan keperluan asas terjejas.

“Di bawah pentadbiran kerajaan PN yang prihatin, yang mana saya selaku Perdana Menterinya, kita akan melakukan segala upaya untuk menghidupkan kembali ekonomi dan mengembalikan rakyat kita ke pasaran kerja,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan amanat bersempena lawatannya ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di sini, pada Jumaat.

Muhyiddin berkata pandemik Covid-19 juga memberi kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat sekarang termasuk cara bekerja, cara belajar dan cara menjalankan perniagaan.

“Pandemik ini telah membuat kita menyedari bahawa untuk maju ke hadapan, kita harus melepaskan diri dari kehidupan yang biasa dengan memperkenalkan pelbagai langkah yang efektif bagi mengurangkan impak pandemik terhadap rakyat dan ekonomi negara kita.

“Kini bukan lagi ‘business as usual’. Kini adalah masanya untuk percambahan idea baharu dan menjadi lebih berinovasi,” katanya.

Muhyiddin berkata, sejak awal lagi kerajaan telah mengambil pendekatan 6R iaitu Resolve; Resilient, Restart, Recover, Revitalise dan Reform dalam mengimbangi kelangsungan hidup rakyat dan pemulihan ekonomi negara.

Pada ketika ini, katanya negara sedang dalam fasa ke-5 iaitu 'Revitalise' atau memperkasa ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata aspek penting dalam pemulihan ekonomi negara ialah tahap kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang kini telah memasuki fasa kedua.

Beliau berkata segala perancangan program vaksinasi negara itu kini berjalan lancar untuk mencapai sasaran memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia atau bersamaan 26.5 juta individu, menerima vaksin secara percuma menjelang Februari 2022.

“Langkah ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity. Justeru, dengan semakin ramai penduduk di Malaysia mendapat vaksin, saya yakin bahawa kita akhirnya akan dapat menangani wabak ini dengan berkesan,” katanya.

Muhyiddin berkata, pelbagai pakej rangsangan juga telah disediakan oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi, antaranya Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang bernilai RM20 bilion.

Inisiatif itu merupakan kesinambungan pelan pemulihan ekonomi yang telah diperkenalkan sebelum ini seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana), Prihatin PKS Tambahan, Kita Prihatin dan Pakej Bantuan Permai.

Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021, iaitu yang terbesar dalam sejarah negara, katanya.

“Hasilnya, negara kita berada di landasan yang tepat untuk merancakkan semula ekonomi negara dengan dipacu oleh sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan yang hampir kesemuanya telah dibenarkan beroperasi,” katanya.

Muhyiddin berkata, antara kaedah untuk mempercepat pemulihan ekonomi ialah dengan menggunakan teknologi baharu.

“Pandemik ini menunjukkan pentingnya peningkatan dan pengukuhan teknologi dan infrastruktur digital kita untuk memudahkan pengurusan kerja.

“Ia juga telah menimbulkan rasa ‘urgency’ atau pentingnya agenda kemasukan digital untuk membolehkan berjuta-juta orang melakukan pekerjaan, menjalankan perniagaan, belajar dan berhubung secara digital,” katanya.

Melalui pelan MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, beliau berkata antara sasarannya ialah untuk memacu transformasi digital sektor awam dan ini termasuk usaha melahirkan 100 peratus penjawat awam yang celik digital dan 80 peratus perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dari peringkat awal ke akhir menjelang 2025.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM21 bilion untuk lima tahun akan datang bagi melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang akan menjadi platform bagi mencapai aspirasi tersebut dengan mempercepat penyambungan digital negara melalui penyebaran akses mudah alih, akses fiber dan tanpa wayar, serta membuka jalan ke arah spektrum 5G.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, agenda pemulihan ekonomi negara akan diteruskan dan kerajaan telah menetapkan 10 asas penting bagi menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Asas tersebut merangkumi teras pemulihan ekonomi, merancakkan pertumbuhan ekonomi, pendidikan, reformasi sektor kesihatan, agenda bumiputera, jaminan makanan, integriti, keselamatan dan ketenteraman awam, perpaduan serta pendigitalan Malaysia.

Bagi tujuan itu, katanya Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 telah diletakkan sebagai paksi dasar yang mempunyai matlamat untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang lebih baik menjelang 2030.

Menurut Muhyiddin, Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah mengunjurkan bahawa ekonomi negara akan berkembang dalam lingkungan 6.0 hingga 7.5 peratus tahun ini.

“Pemulihan aktiviti domestik yang stabil, ditambah dengan peningkatan permintaan luaran, menjadi faktor asas yang mendorong keyakinan tersebut,” katanya. - Bernama

5 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

BABGSAT lu si DIKTATOR muhyiddin-NAMA PALSU PENIPU, PEROMPAK & PENYANGAK!! Mana SPRM utk. SIASAT si PARASIT ni didakwa bagi $5 JUTA kpd. wanita Cina bini HAKIM Pariah - kerana SKANDAL SEKS muhyiddin ni?!!

Kluster PENDIDIKAN Covid-19 makin MENINGKAT di kalangan GURU2 & ANAK2 kita - tapi khairy PARASIT/BERSATU Nazi PEROMPAK - sibuk terLOLONG nak SEGERA & secara PERCUMA bagi VAKSIN kpd. hampir 10 JUTA Warga ASING/PATI2 dlm. FASA KETIGA bulan JUN - kerana begitu nak jaga KEDUTAAN2 ASING & MAJIKAN2 Industri KAYA-RAYA yg. TAMAK, tak nak keluaq SESEN pun!!

Apa juga jadi pd. 150,000 KOMPUTER2 yg. nak diPINJAMkan (dahlah tu, BUKAN percuma) pd. ANAK2 Rakyat miskin kita? Sdgkan rejim BERSATU Parasit NAZI ni punya MEROMPAK sini sana bawah ORDINAN2 DARURAT penipu - dgn. menjual MURAH Aset2/Hartanah2 NEGARA termsk. ATM kita, ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya dr. KHAZANAH & BOUSTEAD (yg. TAK dak kaitan pun dgn. COVID-19) & dah membuat PINJAMAN KERAJAAN hampir $80 BILLION hanya dlm. masa 4 BULAN!!

Mana juga AGONG?!

Lihat si Menteri PARASIT ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/22/tengku-zafrul-gembira-apabila-rakyat-tidak-lagi-membicarakan-berkenaan-150000-komputer-riba-dijanjikan-kementerian-kewangan-dalam-bajet2021/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

DASYATnya PENIPUAN & ROMPAKAN berterusan amat RAKUS oleh DIKTATOR muhyiddin-NAMA PALSU/rejim BERSATU Parasit NAZI ni - dgn. memPERGUNAkan DARURAT & COVID-19 sewenangnya!!

Tgk. rejim BERSATU Perompak NAZI punya nak MENIPU melalui media2/blog2 SAMPAH pro-DAP Parasit/BERSATU Nazi ttg. ROMPAKAN rejim BERSATU ni dr. KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (KWAN), kononnya ini semata2 pasal wang PETRONAS - tapi diBIDAS dgn. BERNAS oleh Mantan PM Agung ORANG ASAL Islam/Melayu kita, YAM DS Najib - yg. berjaya MENINGKATkan waktu pemerintahan beliau/KERAJAAN BN, Simpanan & Keuntungan KWAN terutamanya utk. KEBAJIKAN jenerasi akan dtg., dr. $4 BILLION kpd. ~ $17 BILLION!!

Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/kedua-dua-tajuk-berita-ini-adalah-salah-bukan-mo-salah-yekumpulan-wang-amanah-ne/10157842522450952/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PEMBETULAN: BETINA Cina yg. terlibat SKANDAL SEKS dgn. DIKTATOR muhyiddin tu bini bekas TIMBALAN Pendakwaraya, BUKA Hakim!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Mana SPRM paling PARASIT - TAK menyiasat kes SKANDAL SEKS Diktator muhyiddin ni, yg. diDAKWA olrh bekas TIMBALAN PENDAKWARAYA yg. DIKTATOR Muhyiddin/mahiaddin merasuah Bini-si BETINA SUNDAL Cina dia, Nika Gee, sbnyk. $5JUTA utk. TUTUP mulut dia ttg. SKANDAL SEKS ni!! Bahkan muhyiddin didDEDAHkan beri bnyk. PROJEK2 KERAJAAN pd. Nika Gee ni, waktu bawah KERAJAAN BN!!

Bahkan BETINA tu didakwa lagi cuba pujuk muhyiddin jadikan SUAMI dia HAKIM - akibat SKANDAL SEKS ni!! PEGUAM NEGARA tu pun PARASIT habis - TAK nak SIASAT kes ni!!

Mana juga JAB. AGAMA ISLAM WP?!!

Dan kalau berita ni TAK BENAQ - kenapa si muhyiddin TAK berani buat REPOT POLIS ke atas Suami BETINA JALANG Cina ni - yg. menDEDAHkan SKANDAL SEKS ni - kalau TAK benaq?!!

Di - https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2020/06/15/rm-5-juta-untuk-tutup-mulut/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lagi psl. kes SKANDAL SEKS Diktator muhyiddin-NIKA GEE ni, di - https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2020/06/16/rahsia-sebenar-stanley-clement-mendapat-pangkat-dato/

Blog Archive