Saturday, October 17, 2020

BEREBUT TULANG-RAKYAT YANG SENGSARA

BAYANGKAN hanya tulang, itupun masih direbut. Yang merebut, yang itu itu juga. Berpusing-pusing, angka tetap sama 222!!!..

Seorang mengaku ada nombor LEBIH 120!!!. Mengertak yang ada nombor 113. Mereka yang sebahagian daripada nombor 113, mengertak sesama sendiri. Jelas, jika 2 pun berpaling tadah, yang punya angka 113 tumbang. 

Disedari, di kalangan 113 itu, ada yang diuntungkan, ada yang dirugikan. Jangan cerita mereka yang di luar, cebiasan tulangpun tarak. 

Semenjak 9 Mei, 2018, yang berebut-rebut adalah yang 222 itu. Ya, di antara mereka itu, inner circle mereka dapat habuan, setpol lah, pegawai khas lah, pegawai perhubungan lah, pegawai seranta lah, pemimpin masyarakat lah, ya, katakan lah, setiap daripada mereka itu dapat membantu inner circle, 20 orang. 20 X 222= 4.440 individu, tetapi bukan lah demikian, kerana yang boleh berbuat demikian, hanya yang sebahagian daripada kerajaan. Dalam isu kerajaan PN, maka mereka yang boleh berbuat demikian seramai 113, ditambah senator yang menganggotai kerajaan, katakan berjumlah 130, maka jika masih kekal 20 setiap seorang, maka melibatkan 130x20=2,600 individu, termasuklah yang melantik. Cuba nisbahkan angka itu dengan penduduk negara yang berjumlah 32juta, 32,000,000, bukan kah hanya 0,008125% atau bernisbah 0.00008125:32,000,000. 

Sebenarnya, rakyat yang meletakan mereka di kedudukan wakil rakyat, dan seterusnya membentuk kerajaan, bukan disuruh berebut, untuk santapan sendirian, tetapi untuk membela rakyat marahen, untuk memajukan negara, supaya rakyat dapat menumpang hidup dengan selesa. 

Cuba bayangkan, ditengah-tengah rakyat kehilangan sumber pendapatan, impak pandemik covid-19, masih kekal berebut-rebut. Di Sabah, sudah lah selepas PRN ke-16 Sabah jumlah jangkitan covid-19 mencanak naik, kematian juga terus bertambah, langsung tidak diambil iktibar, malah semakin rancak perebutan kuasa, semakin rancak jatuh menjatuhkan. Ironinya, yang mengetuai ancaman menjatuhkan kerajaan, adalah pemimpin parti yang mengaku DEMI ABATA. Kemudiannya dirancakkan lagi oleh pemimpin “ulung” yang pernah berkuasa 22 tahun 22 bulan. 

Penulis, hilang akal, bagai mana menilai mereka ini!!!.

No comments:

Blog Archive