Monday, December 16, 2019

SHAFIE TUNJUK EGO

KEPADA Datuk Shafie Apdal, jangan terlalu ego, dengan sokongan 52 ADUN pada masa sekarang. 

Datuk Harris Salleh selepas menang pada PRN Sabah tahun 1981 dengan 44 kerusi DUN daripada 48 yang dipertandingkan, maka menjadi ego dan arrogant. Apa kesudahannya, pada PRN tahun 1985, Berjaya tumbang dan hanya menang 6 kerusi.

Shafie perlu ingat, beliau tidak menang dalam PRU-14. Parti beliau, Warisan hanya menang 21 kerusi. Meskipun dicampur dengan DAP-6 dan PKR-2, hanya berjumlah 29 daripada 60 DUN yang dipertandingkan.

Tan Sri Musa Aman menggunakan Mahkamah untuk meneggakan Perlembagaan Sabah. Perlembagaan negeri perlu dihormati "once for all" kerana sudah 3 kali pengelibatan TYT Sabah terhadap perlantikan Ketua Menteri, iaitu tahun 1985, 1994 dan terakhir tahun 2018.

Rakyat Sabah mengikuti dari dekat keputusan mahkamah. Keputusan setakat ini sehingga mahkamah rayuan, tidak akan dapat menghalang kputusan rakyat menerusi pilihanraya. Atas sebab itu, pada Shafie, jangan dahulu tunjuk egoan, kerana bersandarkan keputusan mahkamah, kerana rakyat Sabah secara umumnya sedar, keputusan itu hanya bersifat teknikal.

Rakyat Sabah selepas pemerintahan Warisan hampir 2 tahun, bukan sahaja gelisah, akan tetapi merasa terancam, ekoran akan membanjirnya PATI ke Sabah, apabila tindakan memberikan Pas Sementara Sabah kepada mereka yang masuk melanggar peraturan imigrasi.

Mungkin Shafie tersangat yakin mendapat sokongan daripada kawasan-kawasan yang tumpuan PATI, khususnya kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-14, tetapi rakyat asal akan bangkit khususnya di kawasan yang masih ramai penduduk asal, pada PRU-15 akan datang.

No comments:

Blog Archive