Friday, June 17, 2016

Analisis PRK Sungai Besar-Kuala Kangsar

Sebenarnya Pas dan Amanah , serba sedikit sudah dapat mencongak parti mana yang bakal menang. Sebabnya, setiap pertandingan tiga penjuru atau lebih, biasanya berpihak kepada Barisan Nasional, lagipun dua kawasan tersebut merupakan wilayah tradisi Barisan Nasional. PRK kali inipun, diadakan hanya kerana kemalangan tragis yang dialami wakil rakyat Barisan Nasional di Sebayu, Sarawak diambang PRK-11 Sarawak pada mei.

Keputusan dua PRK ini, sebenarnya tidak mengubah status quo, Barisan Nasional tetap akan memerintah. Apa yang cuba dilihat melalui dua PRK ini, bagi Bn, mahu menidakkan anggapan, bahawa Bn sudah tenat, apabila muncul sebagi pemenang. Selain itu, kemenangan itu sebagi bekal berdepan dengan PRU-14. Manakala bagi Pas dan Amanah pula, dua PRK ini, mahu menunjukkan siapa lebih hebat. 

Awal-awal lagi pemimpin Amanah memberitahu Pas, jika pada dua PRK ini, jika undi parti mereka lebih banyak berbanding Pas, ertinya, parti itu, tidak boleh lagi mendabik dada sebagai kuasa ketiga yang berpotensi mengalahkan Barisan Nasional. Manakala dipihak Pas pula, dua PRK kali ini, mahu menunjukkan bahawa serpihan parti itu tidak dapat membawa mereka sebahagian penyokong berlambang bulan tersebut.

Penentuan pemenang dua PRK tersebut, hanya berbaki kurang 24jam, esok 18 Jun bermula pukul 8 pagi, para pengundi akan turun mengundi bagi menentukan siapa wakil rakyat mereka selama 2 tahun. Pemenang bagi dua PRK ini, hanya membawa kegembiraan dua atau tiga minggu sahaja. Berlabuhnya tirai PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. bermaksud semua kita menunggu pentas PRU-14 dibuka. Tiada lagi PRK lain selepas ini.

Barisan Nasional mahu memenangi dua PRK ini hanya dua sebab- sebab pertama, menidakkan bahawa BN sudah tenat, dan sebab kedua, kempen Anti Najib tidak berimpak. Bagi Pas pula, mahu membukti bahawa parti itu mempunyai lebih banyak sokongan berbanding parti serpihannya, manakala bagi Parti Amanah/ Pakatan Harapan, dua PRK ini sebagai gelangang “marketing” bagi parti itu.

Melihat suasana kempen, gerakan jentera Bn, nampaknya tiada siapa yang boleh menidakkan kemenangan Bn, kecuali ketentuan Allah, Bn kalah.

No comments:

Blog Archive