Saturday, May 09, 2015

Isu 1MDB: Apa Kah DS Najib akan Angkat Bendera Putih?

1. Isu 1MDB menjadi malapetaka kepada kepimpinan Dato Seri Najib Razak. Syarikat milik Kementerian kewangan (MOF) itu yang ditubuhkan pada tahun 2009 dengan modal RM1juta, menjadi kontraversi, apabila dalam masa 6 tahun mengumpul hutang berjumlah RM42bilion.

2. Perjalanan syarikat itu, ramai yang tidak tahu, malah kabinet pun kurang faham, apa bisnes sebenar syarikat gergasi itu.

3. Sebelum ini, apabila pihak-pihak yang membangkang kerajaan dan laporan-laporan Sarawak reports, ramai yang memandang sebelah mata, malah menganggap laporan dan dakwaan hanya bersifat fitnah.

4. Namun, apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ikut sama mempertikai berkaitan urusniaga syarikat ilham Perdana Menteri itu, akhirnya, ianya menjadi nyata. Jawapan sebelum ini yang menyatakan semua dakwaan atau laporan berkaitan syarikat rupanya benar-benar berlaku.

5. Dakwaan dan laporan pihak-pihak tertentu berkaitan ketidak mampuan syarikat itu membayar hutang, akhirnya terbukti benar, apabila terpaksa meminta bantuan daripada Ananda Krishnan sebanyak RM2bilion, "overdfart" daripada MOF sebanyak RM950juta, tujuan kewangan itu untuk membayar hutang tertangguh sehingga Januari 2015.

4. Kini, Syarikat itu perlu membayar RM186juta pada 11 Mei ini, untuk bond bermilai USD1.75bilion yang matang tahun 2022, yang berkadar faedah 5.99%. Pada September, jumlah hampir duakali ganda diperlukan bagi membayar bond berjumlah USD3bilion yang berkadar faedah 4.4% yang matang tahun 2023.

5. 1MDB menafikan bahawa penjualan 1.56 ekar tanah di TRX dengan nilai RM188.5 juta ada hubungan dengan pembayaran faedah pada 11 Mei, namun rakyat tidak percaya kenyataan itu, memandangkan memangpun syarikat itu tidak mempunyai tunai untuk membayar obligasinya.

6.Jika sebelum ini, para pemimpin Umno berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri, namun timbulnya isu LTH membeli tanah pada syarikat bermasalah itu, maka berduyun-duyun pemimpin mendesak Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai syarikat gergasi itu.

7. Kata orang, bagaimana cekapnyapun menutup suatu kepincangan, pasti akan terbongar. Entah apa yang menggerak pembocor perjanjian jual beli tanah antara LTH dan 1MDB, menerbitkan melalui blog tidak dikenal, sehingga membuka mata semua pihak. Kini timbul soal integriti dan kredibiliti para pengurus LTH, kerana empat orang yang terlibat dengan pengurusan LTH juga terlibat dengan 1MDB. Atas sebab itu, tidak diragui wujudnya percanggahan kepentingan. 

8. Melihat keadaan yang menyelubungi 1MDB, apa kah DS Najib mampu menyelesaikannya? atau beliau terpaksa mengangkat bendera putih?

9 comments:

Anonymous said...

Apa lagi tunggu.resign lah....

Anonymous said...

Masaalahnya kalau resigns mungkin akan melakar sejarah PM pertama dihumban ke penjara.....!!!!!

Anonymous said...

Bang non dah tunggu tu kat sg buloh

Anonymous said...

Kita tunggu hati isnin laa..... apa najib nak jawab...

Anonymous said...

Setuju dengan anom 18:51. Kalau resign sekarang...Penjara Sg. Buloh menanti. Rossy (Rosmah) yang paling pening sekali. Tapi apa nak takut. Kan besan di Kazahstan sedia memberi suaka politik. Itupun kalau sempatlah... Najib. karier anda dah di penghujung jalan. Tunggu apa lagi... Get out..!!!

Anonymous said...

MUNGKIN NAJIB DAH GIVE-UP. TAPI ROSMAH YANG TAK SETUJU.

Anonymous said...

Kesian kat ko najib..dari satu sudut aku rasa ko benar2 ikhlas tapi dari sudut yang lain aku rasa ko seorang yang bodoh sehingga boleh dipergunakan oleh orang lain..

kebodohan ko tu terserlah start dari pilihanraya lepas, kes akta hasutan isa, mh370 mh17 kangkung 1msia gst dll dan terbaru 1mdb.. tapi apa nak buat nasi dah jadi bubur, so terima je lah ape2 hukuman yang mendatang, kesian ishhh3x..

next time jgn jadi bodoh



kiasfansuri said...

hehe, najib takkan angkat bendera putih. muhydin, pi la buat team B ngan khairj jamaluddin. lawan pada perhimpunan agung umno nanti. jadikan mahathir penasihat korang. baru best skit. tengok berapa bodohnya melayu, betullah kata lim kit siang, nilai sorang melayu hanya RM50.

Anonymous said...

Pehhhhh nama kiasfansuri ni kalau x silap muncul di unspinner, tapi manusia ni sama je tapi guna nama lain di blog CTS, GAP Dll.

Kunun2 nak guna modus operandi style RBA but people can smell your stinky rotten comments from far far away.

Dah takda idea dia recycle balik komen dia yg lama, kami faham bloger upahan najib , nama pun diupah, tidak ada roh dan tidak ada aura

Blog Archive