Tuesday, February 24, 2015

Pembunuhan Sadis Di Keningau- Belum Ada Tangkapan

PADA pagi isnin, Sairah Fitri Tifanus, sampai ke Pejabat Daerah, tempatnya menjalankan praktikal selama 4 bulan dan akan tamat dalam masa terdekat sampai di pejabat tepat jam 8 pagi. Dia meletakkan bag sandangnya di kaunter dan terus ke tandas. Setengah jam kemudian, dia tidak keluar-keluar, malah pintu tandas terkunci daripada dalam. Kunci jenis tekan, di mana sesiapapun yang keluar daripada tandas boleh menekan butang kekunci.

Pihak keselamatan Pejabat Daerah terpaksa menyelongar pintu, dan sungguh memeranjatkan Sairah terlentang di tandas dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa lagi.

Laporan postmortem belum diketahui, namun berasaskan foto mangsa semasa kejadian, kematian besar kemungkinan disebabkan oleh beberapa tikaman di bahagian dada dan leher.

Pihak polis masih "puzzle" berkaitan kematian mangsa. Pihak keluarga meminta agar penjanyah dapat ditangkap dan dihukum setimpal dengan perbuatannya.

Mangsa yang merupakan penduduk Keningau, sedang menuntut di sebuah kolej di Shah Alam, Selangor.

Pembunuhan seperti ini, seharusnya tidak berlaku, apatah lagi di tempat selamat seperti Pejabat Daerah.

No comments:

Blog Archive