Monday, May 09, 2011

Survival Melayu wujud kalau Monopoli UMNO terhapus: Aziz Bari

Inilah masalah yang paling kronik. Seseorang bijak pandai seperti Aziz Bari mensyaratkan survival melayu akan wujud, jika monopoli UMNO terhapus. AYT tidak faham apa yang ada dibenak seorang cendiakwan tersebut, sehinggakan memberi pra syarat bahawa survival melayu baru dapat diwujudkan kalau dominasi umno tiada lagi.

UMNO adalah parti terbesar yang memperjuangkan hak-hak melayu sejak sebelum merdeka lagi dan hingga kini Umno tidak putus-putus memperjuangkan hak kaum melayu, bukan sahaja survival melayu, akan tetapi survival seluruh sukuan dalam negara.

Disebabkan dominasi UMNO, maka negara makin maju; walaupun hak bumiputera atau melayu, belum tercapai dalam segi perekonomian, namun sekurang-kurangnya kaum melayu boleh dihormati oleh kaum-kaum lain yang lebih maju.

Umno telah membina landasan dan pilar yang kukuh kepada kaum melayu sejak tahun 1946 lagi, atas sebab itu, UMNO tidak pernah tewas dan terus mendapat sokongan kaum melayu membentuk kerajaan Persekutuan.

Bayangkan, jika pra syarat Aziz Bari tersebut dilaksanakan, kononnya survival melayu akan berlanjutan jika monopoli Umno dinyahkan. Aziz Bari lupa, bahawa parti Umno adalah parti terbesar dalam negara dari semua segi baik keanggoatan dan sebagainya; andaian Aziz Bari ini samalah dengan menghapuskan kuasa veto Amerika di Majlis Keselamtan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Bagi AYT survival melayu mudah sahaja dilaksanakan, jika petualang-petulang melayu seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz tidak lagi memimpin parti politik. Dua individu ini, merupakan penghalang utama penyatuan kaum melayu. Anwar Ibrahim senantiasa dipandu oleh keinginannya menjadi Perdana Menteri, sedangkan Nik Aziz dipandu oleh dendam kesumatnya dengan sejarah silam.

Selagi dua individu tersebut masih berada dalam pentas politik negara, selagi itu penyatuan kaum melayu dan islam akan terus melalui jalan sukar dan berduri.

No comments:

Blog Archive