Latest News

Disebalik 107 saat klip video sex

Pagi Isnin 21 Mac lalu, dunia blog dan media digemparkan kerana adanya pra tonton video rakaman sex 21 minit membabitkan Anwar Ibrahim. Pra tonton yang dilakukan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Datuk T, di sebuah bilik di Hotel Carcosa di ibu negara.

Selepas pra tonton tersebut, Anwar walaupun bukan salah seorang yang menonton video itu, membuat sidang akhbar di pejabat PKR Tropicana-membuat penafian bahawa lelaki itu walaupun seraut wajahnya, akan tetapi bukan dirinya, kerana lelaki yang beraksi sex dengan peremuan asing itu berperut lebih buncit dibanding perutnya. Pada sidang akhbar itu juga Anwar menunjukkan perutnya kepada wartawan untuk membenarkan penafiannya tersebut.

Pada sidang akhbar itu juga, Anwar menafikan bahawa jam omega yang dikatakan disimpan oleh salah seorang Datuk T, sebenarnya tidak benar, kerana jam itu ada pada simpanan Wan Azizah.

Pada 5 April, Wan Azizah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur, ekoran tersebarnya klip video yang ada kaitan dengan rakaman tersebut.

Pada sidang akhbar itu, Wan Azizah menafikan bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukanlah Anwar, namun tidak menjelaskan dari segi apa bahawa lelaki itu bukan Anwar. Wan Azizah tidak merujuk kepada rupa paras atau sosok tubuh atau lengok lelaki tersebut; Wan Azizah hanya berkata "Bukan dia".

Ekoran penafian Wan Azizah itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz mengatakan bahawa Wan Azizah bukanlah orang yang kompiten menafikan lelaki dalam klip video tersebut, alasan Nazri-Wan Azizah adalah orang yang berkepentingan.

Wan Azizah mahu tidak mahu terpaksa menafikan lelaki dalam klip video tersebut; kerana jika beliau mengakuinya-malapetaka melanda keseluruhan parti yang dinaungi Anwar-PKR.

Jika sesiapa yang berkesempatan menonton klip video tersebut, dan biasa melihat gelagat Anwar di luaran misalnya kaca TV atau gambar-gambar di surat khabar, adalah pasti menganggap bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

Jika benarlah apa yang Wan Azizah katakan bahawa lelaki itu bukan Anwar, siapa kah lelaki mirip Anwar itu? Lelaki itu perlu tampil untuk merungkai isu ini, bukan sahaja untuk membersihkan nama Anwar, namun juga sebagai menjawab kepada teka teki indenti lelaki dalam klip video tersebut.

Dalam isu Video VK Linggam misalnya- Peguam veteran tersebut pernah berkata- rupa macam saya, suara macam saya, gaya juga macam saya-tetapi itu bukan saya. Airil daripada kumpulan Peter Pan pernah berkata- lelaki yang melakukan hubungan sex dengan Luna itu bukan saya, akan tetapi lelaki mirip saya.. tetapi akhirnya penafian Airil itu terbongkar juga-bahawa lelaki itu adalah dia.

0 Response to "Disebalik 107 saat klip video sex"

Blog archive