Saturday, January 15, 2011

Polis sita peralatan komputer di pejabat ADUN Sri Muda

SHAH ALAM 15 Jan. – Polis mengesahkan telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya mengambil peralatan itu bagi tujuan siasatan berhubung tuduhan Shuhaimi menghina Sultan Selangor menerusi laman blognya baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama Pengarah Siasatan Bukit Aman Datuk Bakri Zinin berkata polis memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan siasatan sebelum kertas siasatan dikemukkan kepada pejabat peguam negara.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya 30 Disember lepas yang didakwa mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. – Bernama

No comments:

Post a Comment