Friday, January 14, 2011

Pengundi muda: Impaknya pada PRU-13

Bayangkan terdapat 4.3 juta pemuda negara ini yang berada dalam lingkungan usia 21 tahun belum mendaftar sebagai pengundi.

Tahun lalu antara Januari hingga jun-hanya 169,838 pemuda daripada jumlah itu telah berjaya didaftarkan.

Nampaknya pembangkang mendahului proses pendaftaran dimana secara keseluruhan parti DAP dan PAS berjaya mendaftar 55.2 peratus(DAP:32.5% dan PAS:22.7%, manakala UMNO berjaya mendaftar 32.3 peratus, selebihnya adalah oleh parti-parti lain samada Pembangkang atau parti-parti komponen BN.

Banyak yang meramal bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan secara mengejut-Parti-parti yang akan bertanding pada PRU tersebut berlumba-lumba untuk meraih sokongan pengundi muda.

Walaupun data menunjukkan bahawa Parti Pembangkang lebih agresif mendaftar para pengundi baru namun pembangkang mempunyai persepsi-bahawa parti mereka mengalami kesukaran mendapatkan sokongan pengundi muda terutama pengundi melayu-kerana kononnya para golongan itu mendapat indoktrinasi daripada pihak BN melalui Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat negara (PLKN.Parti-parti pembangkang mengakui terdapat jurang yang luas antara penyokong BN dan Pembangkang pada golongan pemuda yang berumur 19-21 tahun pada masa ini.

Sejauh mana kah impak pengundi muda pada PRU-13 akan datang, akan diketahui apabila PRU diadakan dan keputusan diumumkan.

No comments:

Blog Archive