Friday, January 14, 2011

Ibu risau anak gadis berumur 17 tahun lari dari rumah

PASIR PUTEH 14 Jan. – Seorang ibu yang risau dengan keselamatan anak perempuannya yang keluar dari rumah sejak Ahad lepas merayu pelajar tingkatan lima itu supaya segera pulang ke pangkuan keluarga.

Pauwina Khalid, 32, berkata, kehilangan anaknya Siti Nor Hazirah Hashim, 17, hanya disedari pada pukul 5 pagi, Ahad lepas setelah didapati tiada dalam bilik yang pada biasanya ketika itu anaknya itu sedang sibuk bersiap untuk pergi ke sekolah.

Semasa membuat pemeriksaan dalam bilik anaknya itu, katanya, dia mendapati pakaian dan dokumen penting anaknya itu tiada dipercayai dibawanya bersama.

"Pada sebelah malamnya saya dapati Siti Nor tidur dalam bilik bersama adiknya,”

Katanya, setelah mendapati anaknya itu tidak pulang ke rumah dan tidak hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal (SMKG) pada hari berkenaan, dia telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.

Pauwina merayu mana-mana pihak yang melihat anaknya itu yang berkulit putih dan rambut lurus melepasi bahu supaya menghubunginya atau suaminya, Hashim Hamzah, 35, di talian 010-9191585 atau mana-mana balai polis. – Bernama

No comments:

Blog Archive