Thursday, January 13, 2011

Gelaran "Datuk Seri Khir Toyo digantung-Bukan dikembalikan

Setiauasaha Kerjaan Selangor yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata bahawa gelaran Datuk Seri Dr Khir Toyo bukannya diserahkan kembali kepada Sultan Selangor-sebaliknya gelaran Datuk Seri Dr Khir Toyo digantung.

Menurut Khusrin penggantungan gelaran Khir akan berkuatkuasa sehingga kes mahkamah yang dihadapi oleh Dr Khir tamat.

Kenyataan Khir yang kononnya beliau telah menulis surat kepada Istana pada pertengahan bulan Disember lalu untuk mengembalikan darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor adalah mengelirukan.

Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember 2010 atas tuduhan rasuah kerana membeli harta berupa tanah dan rumah bungalo dibawah harga pasaran daripada Shamsudin Aryoni. Shamsudin juga didakwa kerana bersubahat dengan mantan MB Selangor tersebut.

Gelaran Khir akan terlucut dengan sendirinya jika beliau didapati bersalah.

Khir kini masih sebagai Ketua Bahagian Umno Sungai Panjang ADUN Sungai Burong. Jawatan Ketua pembangkang DUN Selangor telahpun dilepaskannya.

No comments:

Post a Comment