Thursday, October 21, 2010

Perhimpunan Agung Umno: TV3 ada agenda?

TV3 tidak langsung fokus kepada Timbalan Persiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya TV itu memberi keutamaan kepada wajah Rosmah Mansor.

Apa yang berlaku antara TV3 dan Muhiyiddin? Apa kah station TV itu mempunyai agenda? atau kah ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan agar wajah Muhyiddin jangan dipaparkan di skrin?

Apa kah telah ada bibit-bibit untuk memisahkan Najib dan Muhiyiddin?

jika kita mengikuti perkembangan selama perhimpunan agung UMNO kali ini, seolah-olah ada pertentangan pandangan antara Timbalan dan Persiden Parti.

Semasa merasmikan 3 sayap secara serentak, Muhyiddin menegaskan bahawa UMNO tidak perlu opologetik untuk memperjuangkan melayu, perjuangan melayu diutamakan tanpa tolak ansur, ternyata pandangan ini berbeza dengan pendekatan Najib yang hendak membawa model politik baru yang mengambil kira pendekatan inklusif, sederhana dan demokratik.

Apa kah perbezaan pendekatan ini TV3 bertindak affirmatif sehingga seolah-olah ada "pemulauan" terhadap Muhyiddin? Perkara ini secara seimbas adalah perkara kecil, namun ianya akan membawa persepsi negatif terhadap hubungan Najib-Muhiyiddin.

No comments:

Post a Comment