Wednesday, January 16, 2019

KERAJAAN SABAH: IBARAT POKOK-DAUN RENDANG, TAPI TANPA AKAR TUNJANG!!!

PRU-14 sudah berlalu 8 bulan, namun keadaan politik Sabah masih bercelaru. Mengapa demikian? sebabnya sama-sama kita tahu, bahawa kerajaan negeri yang diterjaui Parti Warisan Sabah (PWS), bukan ditentukan oleh pilihan rakyat semasa PRU itu, akan tetapi ditentukan oleh para wakil rakyat yang berlawanan semasa pilihan raya. 

Keputusan PRU-14 Sabah, tiada parti sebagai pemenang berasaskan majoriti mudah, meskipun dalam Perlembagaan Negeri, mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak di antara parti, boleh membentuk kerajaan minoriti, namun ianya tidak diiktiraf oleh Mahkamah, sebaliknya Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengguna pakai Perlembagaan Negeri Perak.

Pada 10 Mei, 2018, Bn dan STAR telah membentuk kerajaan negeri, apabila dua parti itu mempunyai 31 ADUN, berbanding PWS, DAP dan PKR 29. Namun dalam tempoh 24 jam, kerajaan yang dibentuk itu tumbang, kerana 6 ADUN Bn melompat menyokong PWS pimpinan Datuk Shafie Apdal. Ekoran tindakan lompat itu, maka pada 12 Mei, 2018, Shafie mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri.

Selepas rebahnya Kerajaan Bn dan STAR, kerjasama itu, kehilangan 20 ADUN, kerana menyertai PWS dan menjadi wakil rakyat bebas, manakala 11 yang lain, menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang mesra kerajaan Persekutuan, tetapi membangkang di peringkat negeri.

Kerajaan Sabah hari ini, meskipun mempunyai sokongan 2/3 di DUN Sabah (termasuk 6 ADUN lantikan yang 100% penyokong kerajaan), namun belum boleh digambarkan bahawa keaadaan politik sudah stabil, meskipun kerajaan yang ada kelihatan stabil.

Kerajaan yang ada ibarat sebuah pokok, kelihatan daun-daun rendang, namun pokok tidak kukuh, kerana tiada akar tunjang, dan seterusnya boleh tumbang bila-bila masa apabila dirempuh angin.

Kekuatan sebuah kerajaan bukan dilihat pada jumlah ADUN, akan tetapi dilihat pada sokongan rakyat semasa pilihan raya.

Sebuah kerajaan yang tidak mendapat sokongan rakyat boleh tumbang pada pilihanraya berikutnya. 

Melihat keadaan Sabah yang diterajui PWS, jika kestabilan politik tidak mampu diatasi oleh kepimpinan negeri masa ini sehingga PRU-15, maka pilihan raya itu adalah terbuka pada mana-mana parti yang disokong rakyat.

Lagipun, rakyat sudah boleh memandingkan, antara dua kerajaan, kerajaan dahulu dan masa sekarang.

Rakyat akan menjadi penggadil pada PRU-15, dan pada masa itu, rakyat akan memilih parti-parti yang dipimpin oleh pemimpin yang mesra rakyat.

No comments:

Blog Archive