Wednesday, December 12, 2018

UMNO SABAH TIDAK TERBUBAR-KECUALI?

Umno Sabah mempunyai lebih 560 ribu keahlian. Jika masih 20 peratus keahlian itu masih bersama parti itu, maka ianya masih belum terbubar.

Jika sebahagian besar Ketua Bahagian atau pemimpin Umno Sabah meninggalkan parti itu, maka pemimpin yang mengambil alih akan menubuhkan jawatan kuasa penyaja untuk mengaktifkan parti.

Di antara pemimpin Umno yang dikatakan masih kekal dengan Umno adalah MP Kinabatangan- Datuk Bung Moktar Radin. MP Kinabatangan itu merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Adalah dijangka sebahagian besar MP Umno Sabah akan menyertai PPBM atau mengistiharkan diri sebagai MP bebas terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana parti. Manakala para ADUN Umno Sabah, akan ikut jejak Datuk Hajiji Haji Noor. Hajiji dijangka akan mengumumkan hala tuju beliau hari ini pada satu sidang media di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Sejarah kemasukan Umno ke Sabah, apabila di jemput oleh Presiden Usno-Tun Mustapha Datu Harun pada tahun 1990, ekoran tindakan PBS meninggalkan Bn di ambang pengundian pada PRU tahun 1990. 

Secara rasminya, Umno bertapak di Sabah pada Februari 1991, dan seterusnya melahirkan anak sulung Umno menerusi PRK Usukan pada September 1991, apabila calon pertama parti itu di Sabah Tun Mustpaha menang.

Umno menjadi tunjang kerajaan Sabah sehingga 10 Mei, 2018.

Kehadiran Umno ke Sabah telah menstabilkan politik Sabah selama 24 tahun, kerana jinx mengubah kerajaan setiap 9 tahun berlabuh untuk tempoh masa itu. Parti Umno juga telah menempatkan pemimpin parti itu pada kedudukan Ketua Menteri selama 15 tahun menerusi Tan Sri Musa Aman.

Tiada yang boleh menafikan, bahawa jasa Umno membangun dan memajukan Sabah, namun senario politik telah berubah, sehinggakan parti yang berjasa kehilangan kuasa.

Nampaknya, senario politik Sabah semakin rancak sehingga PRU-15. 

Penulis tidak pasti, apa kedudukan PPBM di Peringkat negeri, apa kah akan ikut jejak era Usno-Berjaya dan Usno-PBS yang saling membangkang di peringkat negeri atau kah bakal berlaku kerajaan campuran? Dalam politik tiada musuh yang kekal, tiada kawan yang kekal, kerana politik penuh dengan sebarang kemungkinan.

No comments:

Blog Archive