Monday, December 10, 2018

SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH

ADUN APAS 
Parlimen Kalabakan bermula PRU 1995 sehingga PRU 2013 merupakan wilayah Umno, malah pada PRN 1994 semua kawasan Dun dimenangi calon-calon daripada parti itu sehingga lah ke PRU 2018.

Pada PRU-13, calon Tanjung Batu, mendapat jumlah majoriti tertinggi di antara semua calon Bn pada PRU tersebut.

Namun, kata peribahasa, sekali air bah sekali pantai berubah. 

Perubahan yang berlaku pada PRU-14, Parlimen Kalabakan dirampas parti Warisan Sabah, manakala DUN menjadi sebahagian daripada Kerajaan Warisan Sabah, kerana tindakan ADUN-ADUN yang khianat selepas PRU-14.

Jika berlaku penyertaan ahli-ahli Umno ke Parti Warisan Sabah selepas para ADUN di kawasan itu menyertai parti itu, adalah lumrah, kerana jika tidak, tiada makna penyertaan daripada wakil rakyat itu.

Pada Sabtu, dikatakan seramai 7,206 ahli Umno Kalabakan telah menyerahkan borang permohonan ahli Parti Warisan Sabah kepada Presiden parti itu- Datuk Shafie Apdal.

Sebenarnya di kawasan Tawau dan Kalabakan yang mempunyai 6 DUN, iaitu Sri Tanjung, Balung, Apas, Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik, semunaya kini diwakili oleh parti Warisan, DAP dan PKR, kecuali DUN Apas yang diwakili Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan. Manakala Parlimen Tawau- PKR dan Kalabakan Warisan.

Nizam keseorangan berdepan dengan begitu ramai ADUN dan ahli Parlimen. Keadaan yang dihadapi ADUN Apas itu, sama dengan keadaan Kawasan Kota Belud di era Pemerintahan PBS, di mana Parlimen dan semua kawasan DUN dikuasai PBS, kecuali DUN Usukan.

Dalam politik Sabah, telah dibuktikan, kemenangan seseorang calon atau parti tidak semestinya ditentukan oleh keahlian semasa pilihan raya, namun ditentukan oleh isu-isu yang berbangkit ketika berdepan dengan pilihan raya. Ambil lah iktibar pada PRU-14, telah menunjukkan bahawa jumlah keahlian tidak menjamin kemenangan!!!

No comments:

Blog Archive