Saturday, December 15, 2018

BANGKIT: BUKAN MUDAH BAGI UMNO

Di atas kertas, mudah sahaja pemimpin Umno berkata, bahawa parti itu masih kuat, walaupun tidak kukuh.

Umno tidak pernah kalah dalam pilihan raya di peringkat Persekutuan sejak menerajui negara bermula tahun 1957, walaupun tidak bangkit di Kelantan sejak tahun 1990 dan Selangor tahun 2008 sehingga berakhirnya kerajaan yang diterajui.

Tahun 2018, merupakan garis penamat selepas menerajui negara selama 61 tahun, meskipun masih memerintah di Pahang dan Perlis.

Negeri Johor, negeri asal Umno, turut rebah pada PRU-14, manakala di Sabah, anak sulung Umno Sabah, Kota Belud turut ditawan parti lawan. dan seterusnya kerajaan yang ditunjangi parti itu turut kehilangan kuasa, kerana tindakan lompat parti yang dilakukan oleh 4 ADUN parti itu bersama 2 ADUN UPKO, parti komponen Bn pada pilihan raya itu selepas keputusan diketahui.

Sebagai impak kepada kehilangan kuasa itu, dan melihat trend pengundian pada PRU-14, selain maklum balas di peringkat akar umbi, akhirnya secara en-blok pada 12/12/2018. 13 wakil rakyat Sabah daripada Umno 4 MP dan 9 ADUN keluar daripada parti yang juga disertai seorang MP PBRS untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Kerajaan Persekutuan.

Dalam politik, pemimpin politik kena peka pada perubahan, kena peka pada aspirasi rakyat dan perlu peka pada kecenderungan rakyat. Memang dalam tindakan politik, tidak semua menyokong, akan tetapi adalah memadai, majoriti menyokong, kerana dalam dunia demokrasi, kelebihan satu undipun dikira sebagai pemenang.

Tidak dinafikan Umno banyak jasanya kepada negara termasuk Sabah, namun rakyat memutuskan sebaliknya. Sejarah politik Sabah misalnya, siapa kata, Usno dan Berjaya tiada jasa? namun, apabila rakyat membuat keputusan untuk berubah, maka parti yang berjasa ditolak, inilah yang berlaku pada Umno.

Melihat pada sejarah politik Sabah, apabila sesebuah parti ditolak pada pilihan raya, ianya tidak pernah bangkit lagi. Apakah sejarah itu mengecualikan UMNO!!!! Fikir-Fikirkan Lah.

Blog Archive