Sunday, December 09, 2018

15 TAHUN ERA MUSA

Sejarah dan fakta perlu ditulis. Apa kah sejarah dan fakta itu baik mahupun tidak. 

Dalam senario kemajuan dan pembangunan Sabah, sejarah dan fakta perlu ditulis, agar diketahui generasi akan datang.

Jika dahulu, sejarah dan fakta dibukukan, kini dengan adanya dunia maya, seperti google yang boleh menyimpan tulisan-tulisan atau maklumat-maklumat tanpa had, maka memudahkan sesiapa sahaja menulis.

Sabah yang merdeka melalui Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963 telah melalui beberapa perubahan kerajaan. Kerajaan pertama, iaitu kerajaan Perikatan USNO-SCA yang berakhir pada tahun 1976. Kemudiannya Kerajaan Berjaya yang berkahir pada tahun 1985. Kerajaan PBS pula berkahir pada tahun 1994, sementara kerajaan Bn berakhir pada tahun 2018.

BN yang mengambil tampuk pemerintahan pada tahun 1994, telah mewarisi kemajuan dan pembangunan Sabah yang begitu daif sekali, termasuk lah simpanan kewangan yang negatif. Malah, pada masa itu, kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji kakitangan awam.

Tahun 2003, apabila Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri, beliau mewarisi kadar kemiskinan negeri di atas 30%, KDNK negeri di bawah RM50bilion, keluasan hutan kekal di bawah 1juta hektar, simpanan kewangan negeri di bawah RM200juta. Namun selepas 15 tahun semua itu berubah. Kadar kemiskinan tahun 2017, di bawah 3%, KDNK hampir RM80bilion, hutan kekal hampir 2juta hektar, simpanan kewangan negeri hampir RM4bilion.

Bukan itu sahaja, lebih 50 tahun, Kerajaan Negeri tidak mempunyai Pusat Pentadibiran, namun di era Musa pusat itu dibina, malah bangunan itu bukan sahaja bangunan ikonik, akan tetapi bangunan tertinggi di Pulau Borneo.

Yayasan Sabah pula daripada hanya mempunyai aset RM300juta pada tahun 1994, pada Disember 2017, aset yayasan itu telah meningkat kepada RM15bilion, campur wang tunai lebih RM500juta!!!.

Sejarah akan buktikan, apa kah kadar pencapaian selama 15 tahun itu bakal berulang? Jika berulang, maka penulis lain akan menulisnya di masa akan datang.

No comments:

Blog Archive