Thursday, December 06, 2018

TEMPOH JAWATAN TUN JUHAR BAKAL DILANJUTKAN?

Di negara ini, spekulasi atau cerita kedai kopi, biasanya menjadi kenyataan.

Selepas PRU-14, timbul cerita kedai kopi, bahawa Perlembagaan Negeri bakal diubah dan dikaitkan dengan kemelut jawatan Ketua Menteri Sabah, 

Kini ternyata benar spekulasi itu, kerana DUN Sabah bakal mengadakan Sidang Khas pada 13 Disember, 2018.

Dalam Sidang Khas itu, Agenda adalah Pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2018.

Sebagai respon kepada pindaan itu, kini dispekulasikan, bahawa pindaan itu berkaitan tempoh masa lantikan seseorang TYT Sabah. 

Tempoh perkhidmatan Tun Juhar Mahiruddin akan tamat pada Disember, 2018, dan seorang TYT perlu diantik pada Januari 2019.

Jika had tempoh perlantikan TYT Sabah dipinda, maka Tun Juhar bakal menyambung jawatan TYT Sabah bagi penggal berikutnya selama 4 tahun, maka menjadikan beliau seorang TYT berkhidmat melebihi 2 penggal.

Tidak salah bagi sesebuah kerajaan yang mempunyai kuasa 2/3 di Dun untuk mengubah perlembagaan, namun biarlah tindakan itu dilaksaanakan oleh kerajaan yang mendapat sokongan 2/3 menerusi pilihanraya.

Kerajaaan sebelum ini, iaitu kerajaan Bn sejak tahun 1999 sehinggalah PRU-14 lalu, mempunyai kuasa 2/3 di DUN atas pilihan rakyat, namun tidak juga mengubah Perlembagaan Sabah.

Mengubah Perlembagaan tidak seharusnya berlaku hanya untuk kepentingan kerajaan yang sedang memerintah atau kepentingan pihak-pihak terentu yang bersifat peribadi.

Sebagai pengetahuan pembaca, kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah dibentuk oleh para wakil rakyat katak, bukan dibentuk menerusi sokongan rakyat menerusi pilihan raya.

Pada PRU-14, Bn mendapat 29 kerusi, Parti Warisan Sabah 21, DAP 6, PKR 2 dan Star 2.

No comments:

Blog Archive