Tuesday, November 13, 2018

KALAU SHAFIE LAKSANA JANJI-SABAH BOLEH BENTANG BAJET RM10.86BILION-JEFFERY

Oleh kerana Janji Datuk Shafie Apdal hanya retorik dan terang bulan, maka tidak menunaikan janji mereka sebelum PRU-14.

Parti Warisan Sabah semasa menghadapi PRU-14, memberi tahu rakyat Sabah bahawa 40 net revenue, 20% royalti minyak selain cukai-cukai lain bakal dilaksanakan, jika rakyat Sabah memberi mandat menerusi slogan mereka SABAH FOR SABAHAN dan SABAH UBAH.

Malah, Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking berdegar-degar, bahawa Sabah akan menuntut RM1trlion bayaran tertunggak Kerajaan Persekutuan bermula tahun 1976.

Namun selepas menjadi Kerajaan, Shafie bukan sahaja copy n paste bajet kerajaan terdahulu, malah langsung tiada sesuatu yang baharu.

Sebab itu, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) membentangkan bajet alternatif sesuai dengan janji-janji Parti Warisan Sabah, kerana janji-janji itu memangpun terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi Bajet alternatif tersebut, GBS ingin memberitahu rakyat Sabah, sebenarnya Sabah mempunyai pendapatan tinggi, jika hak-hak Sabah sesuai dengan MA63 benar-benar dilaksanakan.

Menurut Datuk Dr Jeffery G kitingan, Sabah boleh membentangkan Bajet untuk Tahun 2019 sebesar RM10.86bilion dengan lebihan (surplus) RM5.745bilion, kerana Hasil Sabah pada tahun 2019 dianggarkan berjumlah RM16.605bilion.

Apabila Shafie membentangkan Bajet berjumlah RM4.16 bilion, ianya hanya merupakan 38.31peratus daripada keadaan sebenar, malah daripada segi hasil menafikan 74.28 peratus hasil sebenar atau RM12.335bilion.

Jika Shafie mengotakan janji-janji beliau sebelum PRU-14, bahawa kalau Parti Warisan Sabah menerintah Sabah maka akan ikut pendekatan Sarawak. Sebagai perbandingan, bagi tahun 2019 Bajet Sarawak hampir RM12bilion, walapun pendapatan hanya RM10.51bilion.

Mengapa Bajet Sabah tidak mencapai potensi sebenar, kerana Shafie tidak berani menyentuh berkaitan 40% net revenue, walaupun sebelum ini para pemimpin PWS menjajahnya di seluruh negeri. Hasil Sabah menerusi net revenue dianggarkan berjumah RM5bilion pada tahun 2019. Selain itu Sabah kehilangan potensi hasil RM1.6bilion daripada cukai petrolieum, kerana kegagalan kerajaan negeri melaksanakan cukai 5% sepertimana tindakan Sarawak bermula 1 Januari 2019.

No comments:

Blog Archive