Friday, October 19, 2018

SABAH PERLU PERTAHANKAN KAWASAN HUTAN KEKAL

Hutan Dara Lembah Danum
Pihak manapun Kerajaan Sabah, perlu mempertahankan kawasan kekal, terutamanya kawasan-kawasan hutan dara seperti Lembah Danum, Meliau Basin dan Imbak Canyon. Mempertahankan kawasan ini menyebabkan Sabah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pihak perlu bangun, jika ada pihak-pihak yang cuba meneroka kawasan-kawasan atas nama pembangunan atau sumber pendapatan. Sebabnya, jika tindakan itu berlaku, bukan sahaja akan merugikan generasi Sabah di masa depan, akan tetapi akan berakibat buruk kepada alam sekitar.

Sayogianya, tiada pihak-pihak di Sabah yang membangkitkan penerokaan kawasan-kawasan hutan kekal (total protected area), kerana tindakan melarang sebarang aktiviti di kawasan itu, bukan sahaja untuk kebaikan Sabah akan tetapi sebagai sumbangan negeri kepada pelestarian alam sekitar dunia.

Kerajaan Sabah bermula pada tahun 2003 mengambil maklum bagai mana kawasan hutan Sabah merosot begitu ketara sekali, sehinggakan daripada berjuta hektar hanya berbaki 838 ribu hektar. Bermula pada tahun itu, Kerajaan Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman mengambil pendekatan untuk meningkatkan kawasan hutan kekal bukan sahaja demik kelestraian alam sekitar akan tetapi juga untuk generasi Sabah di masa yang panjang.

Pada tahun 2006, apabila timbul cadangan pembinaan loji penjana kuasa menggunakan arang batu di Lahad Datu Sabah, yang bercadang menggunakan stok arang batu daripada Lembah Danum dan sekitarnya, Kerajaan Sabah masa itu menolak cadangan itu, dan jika loji penjana elektrik perlu juga diteruskan, maka mesti arak batu yang digunakan itu bersumber daripada arang batu import.

Memang meneroka kawasan-kawasan yang menpunyai deposit arang batu boleh menyumbang kepada kewangan Sabah dengan begitu besar sekali, namun kerajaan Sabah masa itu, memilih "monyet" daripada "emas' hanya dua sebab, kelestarian hutan kekal adalah harta yang perlu diwarisi generasi Sabah dan menyumbangkan kepada kelestarian alam sekitar yang mapan.

Sabah perlu belajar daripada kesilapan lalu, apabila menebang hutan sebagai sumber kewangan, pun demikian, Sabah bukannya maju, walaupun kawasan hutan hampir punah.

Kerana kekayaan flora dan fauna Sabah, maka negeeri ini menjadi destinasi pelancong antarabangsa. Kedatangan pelancong asing rata-rata 3juta setahun, bukannya mahu melihat bangunan-bangunan tinggi, akan tetapi mahu melihat khzanah alam semulajadi.

Jika kawasan-kawasan hutan kekal yang menjadi tarikan pelancong musnah, penulis yakin, kedatangan pelancong ke negeri ini akan terkesan, akhirnya, semua pihak akan menanggung kerugian.

Rakyat Sabah di semua peringkat dan lapisan tanpa melihat fahaman politik, perlu bersatu menolak jika ada perancangan menganggu gugat kawasan hutan kekal, apapun alasan yang diberikan.

No comments:

Blog Archive