Monday, October 22, 2018

HAMPIR TIBA MASANYA: PENGESAHAN STATUS TAN SRI MUSA AMAN

TS Musa di Istana Sabah pada Malam 10 Mei,2018
Kerana saman Tan Sri Musa Aman UNTUK menentukan STATUS beliau sebagai Ketua Menteri yang sah, menurut Perlembagaan Negeri Sabah, maka Juctice Yew Jen Kee akan melihat affidavits yang dikemukakan oleh penyaman bermula sebaik sahaja keputusan PRU-14 sehinggalah beliau dilantik pada pukul 11 malam 10 Mei, 2018. 

Perkara yang dilihat, apa kah semasa perlantikkan itu Musa mempunyai majoriti mudah daripada 60 ADUN Sabah. 

Selepas perlantikan Musa, maka sebenarnya tiada lagi perlantikan Ketua Menteri ke-2, KECUALI jika 3 perkara berikut dipenuhi- Berlaku kekosongan kerana kematian, Berlaku kekosongan kerana meletakkan jawatan, dan Berlaku undi tidak percaya semasa sidang Dun sedang berjalan. 

Sebab itu saman Tan Sri Musa yang berbentuk “originating Summon” hanya memerlukan pertukaran affdavits antara peguam Musa dan peguam yang kena saman, dalam hal ini TYT Sabah Dan Datuk Shafie Apdal. 

Hakim dalam membuat keputusan boleh menerusi dalam kamar atau mahkamah terbuka. 

Dalam saman Musa terhadap TYT dan Shafie berasaskan Originating Summons (OS) tidak memerlukan kehadiran penyaman dan yang kena saman. 

Setakat ini, tiada kepastian apa kah OS Tan Sri Musa kekal, jika kekal, maka keputusan akan diketahui pada Khamis 25 oktober, 2018. Namun jika hakim menukar OS kepada writ Summons (WS), maka perbicaraan akan dilaksanakan. Melalui WS, maka kehadiran penyaman dan kena saman diperlukan. Jika ini yang berlaku, maka akan memakan masa yang panjang, mungkin sehingga PRU-15. 

Dalam sistem mahkamah negara ini, apabila keputusan mahkamah tinggi dibuat, maka ada sistem rayuan ke mahkamah rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Kedua belah pihak mempunyai hak untuk merayu atau menangguh pelakasanaan keputusan mahkamah. Walau bagai manapun, semua ini hanya anggapan, maka lebih baik menunggu pukul 2.30 petang hari Khamis, 25 oktober, di Kompleks Mahkamah yang baru.

No comments:

Blog Archive