Tuesday, October 16, 2018

DISEBALIK HIKAYAT 61 KERAJAAN BN

Untuk rekod kerajaan Bn selama 61 tahun- Era Tunku Abdul Rahman 13 tahun- Era Tun Abdul Razak 6 tahun, Era Tun Hussein 5 tahun, Era Tun Dr Mahathir 22 tahun, Era Tun Abdullah Badawai 5 tahun, Era Datuk Seri Najib 9 tahun. 

Daripada 61 tahun itu, era Najib hanya 14.75% tahun, era Tun Dr Mahathir 36.1%. Ertinya, dakwaan para pemimpin Pakatan Harapan, kerosakan dalam negara kerana era Barisan Nasional, penyumbang terbesar ada era Tun Dr Mahathir, termasuklah pengelibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kerajaan Pakatan Harapan sekarang, hanya wakil-wakil daripada DAP sahaja bersih daripada terlibat dalam era 61 tahun itu, manakala parti-parti lain turut sama terlibat jika benar ada kerosakan dalam tempoh itu.

Dalam keadaan sekarang, asyik-asyik para pemimpin PH menyalahkan kerajaan Bn, tentang apa sahaja kelemahan mereka, waima individu yang kena sembelit, juga kerana impak kerajaan Bn.

Mereka menyembunyikan ketidak mampuan mereka mengurus negara, ketidak mampuan menunaikan janji-janji, mereka memilih "blame game".

Sejauh mana 'blame game" ini di terima rakyat? ianya mempunyai had masa.

No comments:

Blog Archive