Friday, October 19, 2018

DARIPADA BACA KES RASUAH CIPTAAN- LEBIH BAIK BACA NI

Ekonomi Sabah tahun 2011-2016 mengukuh 25 peratus yang ditunjukkan oleh peningkatan KDNK daripada RM59.3bilion kepada RM73.8bilion sehingga Sabah menduduki tempat ke-5 berbanding negeri-negeri di Malaysia, sebab itu bagi tahun 2018 dianggarkan pendapatan Sabah sebanyak RM4.169 bilion (sayang mungkin tidak tercapai kerana Sabah bukan ditadbir oleh Tan Sri Musa Aman).

Kemungkinan besar 700,000 hektar kawasan hutan yang berjaya ditanam semula akan pupus selepas ini, demikian juga 1,9 juta hektar kawasan hutan dilindungi hanya akan menjadi sejarah, manakala taman-taman marin seluas 889,762.72 hektar akan berkurangan kerana kebenaran kepada nelayan menggunakan boat-boat kecil menangkap ikan selain penggunaan bahan letupan yang sudah sinonim dengan nelayan PATI.

Dana negeri yang terkumpul sehingga Mei 2018 sebesar RM3.7bilion juga hanya akan menjadi catitan, manakala perolehan negeri yang biasa mencatit RM4 bilion atau lebih akan menjadi kenangan.

Pelaburan asing menerusi SDC yang mencecah RM57bilion, mungkin tidak berulang, demikian sijil ISO Mood'y International selama 7 tahun tidak akan berulang. Sijil tanpa teguran Ketua Audit Negara selama 16 tahun, mungkin tidak berulang.

Mengapa penulis berprasangka negatif terhadap Kerajaan Sementara jika diteruskan, kerana pemimpinnya mempunyai rekod buruk semasa mengendalikan KKLW, yang mana menurut SPRM daripada RM7.5bilion dana pembangunan luar bandar Sabah daripada tahun 2009-2015, RM1.5bilion telah diselewengkan, namun kes tersebut dibakul sampahkan, selepas Pakatan Harapan mengambil teraju kerajaan.

Kesan-kesan peninggalan projek-projek KKLW di serata pelosok luar bandar Sabah masih terpacak, tiang elektrik tanpa wayar, paip air tiada air, loji air tidak berfungsi kerana tiada air yang ditapis, demikian juga jalan-jalan luar bandar dibina di kawasan yang tidak berpenduduk.

Jawatan Menteri berbeza sekali dengan jawatan Ketua Menteri. Menteri hanya membelanjakan wang peruntukan, manakala Ketua Menteri seperti CEO sebuah syarikat besar.

Enam bulan sebagai Kerajaan sementara, tiada halatuju yang jelas bagai mana memajukan dan memajukan negeri, mereka hanya sibuk mengatur dokumentasi penduduk yang tiada dokumen. Tak kan semua wang kerajaan ludes, baru berfikir?  Jangan lupa jalan-jalan kena selenggara, sekarang sana sini lubang, saban hari air paip putus, kerana paip pecah, bekalan elektrik malar black-out, penganggur bertambah, tiada peluang pekerajaan yang dicipta.

No comments:

Blog Archive