Thursday, October 18, 2018

AKHIRNYA DATUK SERI ZAHID DITAHAN SPRM

Selepas mengahrungi 5 kali siasatan SPRM berkaitan dakwaan salahguna wang Yayasan Akal Budi milik keluarga, akhirnya Datuk Seri Zahid Hamidi ditahan SPRM sebaik sahaja beliau menghadirkan diri tepat pukul 3 petang di Pejabat SPRM Putrajaya pada Khamis.

Presiden Umno yang mula disiasat sejak 2 Julai dan berlanjutan sehingga 12 Oktober sebanyak 5 siri berkaitan penggunaan wang Yayasan Akal Budi berjumlah RM800,000. Sebenarnya wang itu telahpun dibayar balik sepenuhnya pada tahun 2016. 

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkali-kali menyebutkan, penggunaan wang itu timbul kerana masalah teknikal apabila pegawai beliau tersalah keluarkan cek untuk membayar kad kredit beliau dan isteri pada tahun 2014.

Bayangkan Yayasan keluarga, yang tiada kait mengaitkan dengan kerajaan, Zahid boleh ditahan. Apa kah ini namanya, Malaysia Baharu?

No comments:

Blog Archive