Sunday, October 21, 2018

5 HARI LAGI: PENANTIAN BERAKHIR

Kelihatan Para ADUN UPKO bersama TSMA sebelum ditemubual oleh TYT.
Fakta tidak berbohong. PRU-14 Sabah berkeputusan Bn-29 kerusi, PWS-21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2. Berasaskan fakta ini, sekaligus mengautakan dakwaan bahawa Musa mempunyai kerusi minoriti.

Sudah menjadi tradisi di negara-negara komonwil, seperti United Kingdom, Kanada, Australia yang juga diguna pakai di negara kita, apabila parlimen/Dun tergantung, maka menjemput parti yang mempunyai kerusi terbanyak untuk berbincang dengan parti lain mendapatkan majoriti mudah bagi maksud menubuhkan kerajaan.

Bn yang mempunyai kerusi terbanyak mendapat persetujuan daripada Parti STAR sehinggakan Bn+Star mencapai majoriti midah, iaitu 31 daripada 60 kerusi Dun Sabah.

Akibat kerjasama itu, maka pada pagi 10 Mei, 2018, Tan Sri Musa Aman pemimpin kepada 30 Dun menyembahkan kedudukan sebenar kepada TYT Sabah, dan Istana memutuskan pada 9 pagi itu, majlis angkat sumpah Ketua Menteri akan dilaksanakan.

Menunrut ADUN Tempasuk- Datuk Musbah Jamli, sebelum majlis angkat sumpah diadakan, TYT dikatakan berubah fikiran, dan menangguhkan acara angkat sumpah kerana beliau mahu menemuduga Adun Tambunan dan Bingkor (dua ADUN STAR). Selepas Adun Tambunan dan Bingkor ditemuduga dan kembali ke Sri Gaya pada pukul 11 pagi, tiada kepastian berkaitan majlis angkat sumpah. Kerana situasi yang tidak menentu itu, Tan Sri Musa meminta jasa baik Ketua Polis Sabah untuk berhubung dengan Istana. Selepas itu pihak Istana memaklumkan bahawa majlis angkat sumpah diadakan pada pukul 2 petang hari yang sama.

Kira-kira pukul 1.30 petang, pihak Istana sekali lagi memaklumkan acara angkat sumpah ditunda pada pukul 8 malam, atas sebab TYT mahu pula menemubual ADUN-ADUN daripada UPKO. Berasaskan kepada senario ini, memang sudah tersirat ada tangan-tangan ghaib yang mahu menghalang acara angkat sumpah kerajaan Bn plus. Oleh kerana keadaan yang bercelaru ini, maka 30 ADUN yang berpihak kepada Musa diminta persetujuan sokongan dalam bentuk bertulis, dan semua 30 ADUN Bn Plus bersetuju untuk menyokong Musa dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Menteri kerajaan campuran. Persetujuan 30 ADUN itu turut dipersembahkan kepada TYT Sabah.

Walaupun 31 ADUN yang mewakili Bn Plus sudah berada di Istana seawal pukul 7.30 malam, majlis angkat sumpah baru dilaksanakan pada pukul 11 malam. Sama-sama kita mencari sebab musabab mengapa acara angkat sumpah boleh ditunda 3 kali? kemudian mengapa acara itu dilambat-lambatkan? Perkara ini mungkin sebahagian pertimbangan Hakim selain kandungan Perelembagaan Negeri Sabah pada 26 Oktober. Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive