Tuesday, September 25, 2018

DATIN ROSMAH MANSOR BAKAL DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ESOK?

Esok, Datin Rosmah Mansor diminta datang ke Pejabat SPRM Putrajaya untuk rakaman percakapan berkaitan hormon suplemen yang berharga RM1juta yang dikatakan menggunakan wang SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Spekulasi berlegar-legar, besar kemungkinan isteri Datuk Seri Najib Razak itu akan terus ditahan dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah.

Jika benarlah Datin Rosmah dihadapkan ke mahkamah esok, maka menjadi catitan sejarah negara ini, bahawa bekas Perdana Menteri dan isteri dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan rasuah.

Penulis tidak habis fikir, bagai mana Rosmah boleh dituduh rasuah, sedangkan beliau bukanpun sebahagian daripada pengurusan SRC International. Beliau hanyalah seorang isteri kepada Perdana Menteri.

Dalam mana-mana SOP sesebuah syarikat atau agensi kerajaan, seseorang yang tidak kena mengena dengan syarikat/agensi, jika berlaku salah guna kuasa, maka yang dipertanggungjawabkan adalah pengurusan syarikat/agensi tersebut.

Sekiranya Datin Rosmah didakwa atas tuduhan rasuah yang melibatkan sesebuah agensi kerajaan, maka ianya julung-julung kali berlaku di negara ini.

No comments:

Blog Archive