Latest News

PRU-14: Seperti Yang Diramal: Parti Warisan Sabah Berkerjasama Dengan PH

PARTI BN SABAH, kena mengubah taktik berdepan PRU-14. Kebarangkailan pada PRU itu, pertembungan hanya tiga penjuru- BN- PAWAS/PH-GS.

Bagi kawasan bumiputera islam PAWAS/PKR menentang Bn; bagi kawasan KDM juga PAWAS/PKR menentang Bn, manakala kawasan majority cina PAWAS/DAP menentang Bn.

Adalah diakui, kombinasi antara PAWAS/PH mempunyai impak yang besar terhadap Bn Sabah, kerana cara itu, semacam one to one.

Berasaskan kepada kerjasama itu, tidak diketahui kemana arah swing pengundi KDM, khususnya mereka yang alergi terhadap nama Tun Dr Mahathir, apa kah mereka akan menyokong GS? atau kah Bn.

Jelas dalam keadaan ini, pengundi KDM akan terbahagi 3, satu bahagian pada Bn, satu bahagian pada PAWAS/PH dan sebahagian lagi pada GS, namun nisbahnya tidak pasti., Jika melihat kepada keputusan PRU 13, kaum KDM yang menyokong BN, pada tahap 49% secara enblok, manakala 51% lagi tersebar menerusi parti-parti lain.

Bagi pengundi kaum bumiputera islam pula, belum ada penanda aras. PRU-14, merupakan scenario baru menguji sokongan bumiputera islam, semenjak PRN tahun 1994.

Sabah yang mempunyai 60/73 DUN dan 25 kawasan Parlimen, menjadi tumpuan PH, kerana jika gagal mendapat kerusi parlimen, sekurang-kurangnya 10 daripada 25, maka impian ke Putrajaya, hanya tinggal impian.

0 Response to "PRU-14: Seperti Yang Diramal: Parti Warisan Sabah Berkerjasama Dengan PH"

Blog Archive