Latest News

PRU-14 Sabah: Umno Semporna Mengorak Langkah

Datuk Ramlee Di Majlis Tersebut
BAHANG pilihan raya ke-14 semakin terasa. Dalam meneruskan memontum kemenangan, Umno Semporna mengorak langkah.

Hari ini di Semporna, telah diadakan Perjumpaan khas Ketua-Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua-Ketua Cawangan Umno Bahagian P.189 Semporna, disempurnakan oleh Datuk Ramlee Marhaban, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Umno Negeri Sabah merangkap Pengerusi Biro Umno Bahagian bertempat di Dewan Terbuka DUN Bugaya.

Kehadiran seramai 1,500 yang terdiri daripada 503 Ketua-Ketua Cawangan, 320 Ketua-Ketua Kampung, 270 Pengerusi JKKK dan beberapa perwakilan.

Mereka yang hadir adalah "hardcore" "winning Mentality & Feel Good Factor" berikrar memastikan bahawa kawasan Semporna tetap wilayah Umno dan Bn.

P.189 Semporna, mempunyai 3 kawasan DUN, iaitu Bugaya, Sulabayan dan Senallang. Pada PRU-13 lalu, semua kawasan dimenangi Umno/Bn.

Pada PRU-14, ada yang mengatakan, bahawa kawasan itu tumpuan parti Warisan Sabah pimpinan mantan Ketua Bahagian kawasan itu, Datuk Sahfie Apdal kerana mati hidupnya politik beliau, sangat bergantung pada kawasan itu.

Shafie telah menjadi ahli Parlimen Semporna lebih 22 tahun, kini masih MP kawasan itu, kerana dimenangi menerusi parti Umno/Bn pada PRU-13 lalu.
Datuk Ramlee Bersama-sama Peserta

Pada PRU-14, kawasan Semporna merupakan kawasan terpanas di Sabah. Namun kerana "winning Mentality" daripada segenap pemimpin Umno serta akar umbi di kawasan itu, maka mereka memastikan kawasan itu tetap dimenangi.

0 Response to "PRU-14 Sabah: Umno Semporna Mengorak Langkah"

Blog Archive