Latest News

PRU-14 Sabah: Ujian Sebagai Simpanan Tetap Bn

Datuk Ramlee Bersama-sama Pemimpin Akar Umbi P.189 Semporna.
Sabah Simpanan Tetap Bn, memang satu tag yang mencabar. 

Tanggungjawab itu, memang berada dipundak Pengerusi Bn negeri- Tan Sri Musa Aman. Beliau bersama-sama pasukan beliau memikul tanggungjawab itu.

Terlihat, setiap anggota pasukan, berusaha dengan semaksima mungkin, menjalankan tanggungjawab, menemui segenap lapisan masyarkat, untuk menyampaikan mesej kepada rakyat, bahawa parti Barisan Nasional, adalah sebuah parti yang berjuang demi agama, bangsa dan negara (ABATA).

Bagi merealisasi mesej itu, peranan pemimpin akar umbi, sangat-sangat diperlukan. Sebab itu, pada 6 Januari, satu perjumpaan khas yang dinamakan PERJUMPAAN KHAS KETUA-KETUA KAMPUNG/PENGERUSI JKKK/KETUA CAWANGAN UMNO BAHAGIAN P,189 SEMPORNA, diadakan di Dewan Terbuka Bugaya, yang disempurnakan oleh Timbalan Biro Penerangan Umno Negeri- Datuk Ramlee Marhaban.

Seramai 1,500 perserta telah menghadiri perjumpaan khas itu.

Pemimpin akar umbi, adalah mereka yang paling depan berdepan dengan pengundi, sebab itu semangat kental yang ditunjukkan mereka, menggambarkan bagai mana kekuatan parti Umno di kawasan itu.

Para pemimpin akar umbi, berjanji, akan memastikan kemenangan parti pada PRU-14, supaya tag- Sabah simpanan Bn terus kukuh, dan Sabah TATAP BN!!!!.

Memang dirasakan oleh setiap pemimpin, termasuk di peringkat akar umbi, bahawa PRU-14 adalah pilihan raya paling sengit, atas sebab itu, gerakan maksima, gerakan berpasukan, sangat-sangat diutamakan, khususnya di peringkat PDM.

0 Response to "PRU-14 Sabah: Ujian Sebagai Simpanan Tetap Bn"

Blog Archive