Tuesday, January 09, 2018

PRU-14 SABAH: SIAPA LAWAN SHAFIE DI PARLIMEN SEMPORNA?

1. MELIHAT senario politik semasa bagi kawasan Semporna, Bn perlu mencadangkan seorang calon bukan sahaja mempunyai sokongan akan tetapi, dilihat boleh melawan “ ketokohan” Datuk shafie Apdal di kawasan itu.

2. Melihat pemimpin Umno semporna, jika dilihat daripada segi perjuangan dalam parti dan kewibaan sejak 20 tahun lalu, pemimpin yang mempunyai ciri-ciri “boleh” melawan Shafie adalah ADUN Bugaya yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri- Datuk Ramlee Marhaban.

3. Ramlee disamping mempunyai pengalaman di peringkat pemuda bahagian, juga seorang yang berlatar ahli perniagaan yang berjaya.

4. Jika Ramlee dicadangkan di Peringkat Parlimen, pengundi Semporna akan mempunyai dua pilihan, samada parti Bn yang dipimpin Tan Sri Musa di Peringkat negeri dan DS Najib Razak di peringkat Pusat atau kah parti Shafie.

5. Ramlee adalah pemimpin parti Umno di luar lingkaran Keluarga Tun Sakaran Dandai, selain itu beliau juga adalah anak didik Musa dalam kancah politik.

6. Tag sebagai anak didik Musa, menyebabkan kepimpinan Umno Semporna ketika dipimpin Shafie, menganggap Ramlee sebagai pesaing, dalam kepimpinan Umno bahagian. Atas sebab itu, pada PRU-13 lalu, bahagian itu tidak mencadangkan beliau sebagai calon. 

7. Apabila Musa bertegas untuk mencalonkan beliau, maka telah dipasang seseorang calon bebas, mantan pegawai Khas KKLW yang bersekutu dengan Shafie. Meskipun demikian, kawasan itu tetap dimenangi calon Bn. Ramlee semasa mula bertanding pertama kali dalam pilihan raya, sebenarnya telah menang TANPA TANDING, ertinya, bagi kawasan DUN Bugaya, tidak terdapatnya pesaing, kerana apa? mereka menerima ketokohan Timbalan Biro Penerangan Umno Sabah itu.

8. Memandangkan Shafie sudah merupakan lawan Bn, maka bagi mempertahankan kawasan itu bagi pihak Bn, pucuk pimpinan, perlu mencalonkan ADUN Bugaya itu di peringkat Parlimen pada PRU-14.

9. Memang banyak penganalisa politik, telah meletakkan, Parlimen Semporna bersama 3 Dun (Senallang, Sulabayan, Bugaya) akan jatuh kepada parti yang dipimpin Shafie, namun anggapan itu, tidak selari dengan keadaan di peringkat akar umbi.

10. Di peringkat akar umbi, sokongan terhadap Umno/Bn masih kukuh. Jika terdapat “mass movement” khususnya dalam acara jelajah Shafie, sebenarnya mereka itu, hanya mengambil tahu, atau menghormati MP Semporna selama 22 tahun itu. Perlu diingat, hormat tidak bermakna menyokong!!!.

11. Penulis yakin, hanya menerusi Ramlee, Parlimen Semporna dapat dipertahankan oleh Bn, selain daripada itu, ianya hanya sebagai penyertaan dalam pesta demokrasi.

12. Menurut pendapat penulis, jika Ramlee dipilih, keadaan “all-out” dan “do or die” akan berlaku, atas sebab itu, jika Ramlee bertembung dengan Shafie, parlimen Semporna bukan sahaja panas, akan tetapi meriah. Pertembungan itu, umpama berjumpanya BUKU dan RUAS.

13. Kemenangan Ramlee bukan sahaja menutup tirai politik Shafie, malah akan terkubur selama-lamanya. 

14. Puncuk pimpinan parti, perlu mengambil kira cadangan penulis ini, kerana hanya menerusi cara itu sahaja, Parlimen Semporna bersama dengan 3 DUN dalam parlimen itu akan tetap dimenangi Bn. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive