Sunday, January 07, 2018

PRU-14 Sabah: Betul Kah Bn "Over-Confident"?

BETUL KAH Bn Sabah "over- confident" berdepan dengan PRU-14? Setakat ini, penulis tidak mendengar atau membaca kenyataan langsung daripada para pemimpin Sabah, yang bersifat "over-confident", apa yang ada, adalah Bn Sabah disemua peringkat, telah bersedia berdepan PRU tersebut.

Atas asas apa Bn Sabah telah bersedia? Jawapannya, sebaik sahaja Bn Sabah diberi mandat pada PRU-13 lalu, bermula daripada hari pertama, TIADA HARI bagi pemimpin Bn tidak membela rakyat dan memajukan negeri.

Apa yang djanjikan pada PRU-13, telah ditunaikan. 

Berdepan dengan PRU-14, Bn Sabah membawa rekod bersamanya untuk dinilai rakyat khususnya para pengundi.

Di lain pihak pula, pada PRU itu, akan menjadi medan ujian kepada ahli dan penyokong Bn, berkaitan kesetian kepada perjuangan.

Para pemimpin Bn Sabah menaruh keyakinan, menerusi gerak kerja yang beterusan, khususnya di peringkat PDM, membolehkan parti dapat menawan hati para pengundi, untuk memastikan setiap kawasan dimenangi, walaupun dengan satu undi.

Pucuk pimpinan negeri yang diterajui Tan Sri Musa Aman, telah mengamalkan, tiada hari, melainkan memikirkan kemajuan negeri dan rakyat.

Pada PRU-14, merupakan kali ke-4 Musa mengetuai Bn Sabah berdepan dengan pilihan raya umum. Kali pertama pada PRU-2004.

Musa beberapa bulan lalu, telah menggambarkan, bahawa PRU-14, merupakan pilihan raya paling sengit, yang beliau hadapi, namun beliau bersama pasukan kepimpinan negeri, menaruh keyakinan, atas usaha kerjaan negeri memajukan negeri dan rakyat yang berterusan akan dinilai positif oleh rakyat, dan seterusnya sekali lagi memberi mandat kepada Bn Sabah menerajui Kerajaan Negeri.

No comments:

Blog Archive